Pertanyaan

Lisan

Dewan

Dewan Rakyat

Parlimen

Parlimen 14

Penggal

Penggal 5

Sesi

Mesyuarat Pertama

Tarikh Persidangan

03 March 2022

Tahun Persidangan

2022

Kategori

Perhutanan

Nombor Soalan

72

Soalan

DATUK SERI HAJI SALAHUDDIN BIN AYUB (PULAI) minta MENTERI TENAGA DAN SUMBER ASLI menyatakan apakah indikator yang diambil kira oleh Jabatan Perhutanan negeri mengenai ketetapan keluasan hektar bagi kegiatan perhutanan atau pembalakan yang dibenarkan melalui Catuan Tebangan Tahunan (CTT).​​​

Jawapan

Tuan Yang di-Pertua,

1. Amalan pengurusan hutan Malaysia adalah berpandukan kepada Dasar Perhutanan Malaysia yang bermatlamat untuk memelihara dan mengurus hutan negara berdasarkan amalan Pengurusan Hutan Secara Berkekalan (Sustainable Forest Management – SFM). Salah satu kriteria utama dalam SFM ialah pengawalan terhadap pembukaan kawasan hutan untuk pengusaha hasilan melalui pelaksanaan Catuan Tebangan Tahunan (CTT).

2. CTT berfungsi untuk mengimbangi jumlah pengeluaran kayu dengan keupayaan dan keluasan kawasan hutan pengeluaran dalam hutan simpanan kekal (HSK), yang diputuskan dalam Majlis Tanah Negara (MTN) pada setiap tempoh Rancangan Malaysia Lima Tahun. Penetapan kadar CTT adalah berasaskan kepada keupayaan pemulihan semula jadi (natural regeneration capacity) kawasan yang diusaha hasil. Kaedah pengiraan CTT dibuat dengan mengambil kira luas kawasan pengeluaran bersih (nett production area) dan juga jumlah pertambahan isipadu bersih (nett volume increment) bagi kawasan berhutan. Pematuhan terhadap CTT yang ditetapkan dapat memastikan kawasan yang telah diusahasil ini terpulih untuk diusahasil semula dalam tempoh 25 hingga 55 tahun selepas pengusaha hasilan.

3. Bagi tempoh RMKe-12 (tahun 2021 hingga tahun 2025), Mesyuarat MTN Ke-77 yang bersidang pada 8 September 2020 telah menetapkan CTT bagi Semenanjung Malaysia seluas 37,710 hektar setahun, Sabah seluas 50,000 hektar setahun dan Sarawak seluas 145,000 hektar setahun.

Sekian, terima kasih.

Attachments