Pertanyaan

Lisan

Dewan

Dewan Rakyat

Parlimen

Parlimen 14

Penggal

Penggal 5

Sesi

Mesyuarat Pertama

Tarikh Persidangan

09 March 2022

Tahun Persidangan

2022

Kategori

Tenaga

Nombor Soalan

6

Soalan

Tuan Chang Lih Kang (Tanjong Malim ) minta MENTERI TENAGA DAN SUMBER ASLI menyatakan sama ada boleh membenarkan petani menanam tanaman jangka pendek di rizab tanah TNB untuk mengatasi masalah keselamatan makanan.

Jawapan

Tuan Yang di-Pertua,

1. Suruhanjaya Tenaga (ST) telah mengeluarkan Garis Panduan Izin lalu Talian Pembekalan Elektrik yang mengandungi antaranya, garis panduan pelaksanaan aktiviti-aktiviti penggunaan tanah yang dibenarkan di dalam koridor talian pembekalan elektrik dengan syarat-syarat tertentu. Dalam hubungan ini, aktiviti penanaman sayur dan tanaman jangka pendek juga adalah dibenarkan. Walau bagaimanapun, tanaman tersebut hendaklah mempunyai ketinggian tumbesaran semula jadi tidak melebihi 6 kaki (1.8 meter) atas faktor-faktor keselamatan.

2. Tanah yang terletak di dalam laluan talian pembekalan elektrik di bawah perjanjian izin lalu (wayleave) masih lagi kepunyaan pemilik tanah, manakala pihak utiliti elektrik seperti Tenaga Nasional Berhad (TNB) hanya menggunakan tanah tersebut untuk memasang dan menyenggara talian pembekalan elektrik serta bertanggungjawab untuk memastikan keselamatan ke atas talian pembekalan elektrik.

3. Oleh itu, pemilik tanah atau mana-mana orang yang dibenarkan oleh pemilik tanah boleh menggunakan tanah di bawah talian pembekalan elektrik dengan kebenaran yang sah daripada pihak utiliti elektrik. Kebenaran sah tersebut bertujuan untuk mengawal aktiviti yang dilaksanakan di bawah talian supaya ia tidak menjejaskan talian-talian penghantaran dan tidak bermaksud untuk menyekat pemilik tanah daripada menjalankan aktiviti di atas tanah mereka.

Sekian, terima kasih.

Attachments