Pertanyaan

Lisan

Dewan

Dewan Rakyat

Parlimen

Parlimen 14

Penggal

Penggal 5

Sesi

Mesyuarat Pertama

Tarikh Persidangan

09 March 2022

Tahun Persidangan

2022

Kategori

Tenaga

Nombor Soalan

62

Soalan

PUAN YEO BEE YIN (BAKRI) minta MENTERI TENAGA DAN SUMBER ASLI menyatakan:-

status terkini penuntutan semula tunggakan Akaun Amanah Industri Bekalan Elektrik (AAIBE) daripada penjana-penjana kuasa bebas (IPP).​


Jawapan

Tuan Yang di-Pertua,

1. Jumlah tunggakan Akaun Amanah Industri Bekalan Elektrik (AAIBE) sehingga tahun 2018 yang telah diselesaikan adalah RM163,483,253.10 manakala RM68,224,827.00 dalam proses penyelarasan pembayaran. Bagi tahun 2019 hingga 2020, amaun sebenar yang perlu dibayar oleh setiap syarikat penjana elektrik sedang disemak oleh Kementerian bersama-sama Suruhanjaya Tenaga. Syarikat-syarikat penjana elektrik akan membuat bayaran setelah mendapat pengesahan rasmi Kementerian.

2. Untuk menyelesaikan isu pembayaran tunggakan, pihak Kementerian telah mengadakan beberapa siri perbincangan dengan syarikat penjana elektrik yang terlibat untuk membantu mereka melunaskan tunggakan secara berperingkat mengikut jadual bayaran ansuran yang dipersetujui di antara pihak Kementerian dan syarikat. Setakat ini, semua syarikat penjana elektrik ini telah memberikan kerjasama yang baik dan komitmen untuk menyelesaikan isu tunggakan tersebut dan kini dalam proses membuat penyelarasan pembayaran di peringkat syarikat berdasarkan pelan ansuran bayaran.

3. Pihak Kementerian sentiasa memantau perkara ini secara konsisten melalui Mesyuarat Jawatankuasa AAIBE dan surat peringatan secara berkala akan diberikan kepada kesemua syarikat penjana serta melaksanakan sesi libat urus bersama Suruhanjaya Tenaga untuk memastikan semua syarikat penjana elektrik menjelaskan sumbangan mereka kepada AAIBE.

Sekian, terima kasih.

Attachments