Pertanyaan

Lisan

Dewan

Dewan Rakyat

Parlimen

Parlimen 14

Penggal

Penggal 5

Sesi

Mesyuarat Pertama

Tarikh Persidangan

09 March 2022

Tahun Persidangan

2022

Kategori

Biodiversiti, PERHILITAN

Nombor Soalan

77

Soalan

DATO' SERI HAJI IDRIS BIN JUSOH (BESUT) minta MENTERI TENAGA DAN SUMBER ASLI menyatakan status cadangan pembinaan Pusat Santuari Gajah (JES) di Kota Tinggi melalui Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) dalam menangani aktiviti pencerobohan gajah liar, yang mengakibatkan kemusnahan pertanian serta mendatangkan risiko keselamatan kepada penduduk setempat.​

Jawapan

Tuan Yang di-Pertua,

1. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, pelaksanaan projek Santuari Gajah Negeri Johor (Johor Elephant Sanctuary – JES) bertujuan untuk menempatkan gajah-gajah yang menimbulkan gangguan kepada penduduk setempat dan seterusnya mengurangkan masalah konflik manusia-gajah di negeri Johor.

2. Negeri Johor dianggarkan mempunyai populasi gajah sebanyak 120 hingga 160 ekor meliputi daerah Kluang, Kota Tinggi, Mersing dan Segamat. Secara purata, Jabatan PERHILITAN Negeri Johor menerima lebih kurang 100 aduan gangguan gajah setiap tahun dengan kos kerugian yang ditanggung oleh orang ramai sebanyak RM6,630,464 dalam tempoh 2014-2019 atau lebih kurang RM1.1 juta setahun.

3. Projek pembangunan Santuari Gajah Johor seluas 72.993 hektar dibangunkan dalam dua (2) fasa di mana Fasa Pertama projek bermula pada tahun 2016 dan telah selesai pada tahun 2020 melibatkan pembinaan fizikal seperti bangunan pejabat, bangunan kuarantin dan berek kakitangan.

4. Fasa Kedua projek pula telah bermula pada tahun 2019 melibatkan projek-projek pembangunan sumber di JES antaranya seperti pembinaan halangan fizikal yang dianggarkan sepanjang 15 kilometer menyusuri sempadan Hutan Simpan Panti bagi menghalang gajah memasuki kawasan pertanian dan penempatan penduduk berhampiran. Projek dijangka siap sepenuhnya pada tahun 2025.

5. Projek ini merupakan kaedah penyelesaian jangka masa panjang masalah ancaman gajah-gajah liar di kawasan penduduk, pertanian dan komersial dengan kaedah menangkap pindah dan penempatan secara in-situ ke satu kawasan santuari gajah di kawasan jajaran habitatnya.

Sekian, terima kasih.

Attachments