Pertanyaan

Lisan

Dewan

Dewan Rakyat

Parlimen

Parlimen 14

Penggal

Penggal 5

Sesi

Mesyuarat Pertama

Tarikh Persidangan

15 March 2022

Tahun Persidangan

2022

Kategori

Tanah

Nombor Soalan

15

Soalan

​​TUAN ABDUL LATIFF BIN ABDUL RAHMAN (KUALA KRAI) minta MENTERI TENAGA DAN SUMBER ASLI menyatakan apakah langkah susulan Kementerian setelah Rang Undang-Undang Harta Pusaka Kecil (Pembahagian) (Pindaan) 2021 diluluskan oleh Parlimen agar hasrat untuk mempermudah rakyat mendapat perkhidmatan pengurusan pusaka yang ditawarkan Kerajaan dapat direalisasikan. ​

Jawapan

​Tuan Yang di-Pertua,

Susulan Rang Undang-Undang Harta Pusaka Kecil (Pembahagian) (Pindaan) 2021 yang telah diluluskan oleh Parlimen, Kementerian telah mengambil tindakan berikut:

i) perkenan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong telah diperolehi pada 25 Januari 2022;

ii) memuktamadkan gubalan Peraturan-peraturan (Rules) sebelum diangkat untuk pandangan dan kelulusan Jabatan Peguam Negara;

iii) kajian bagi memperkasa dan mengukuhkan peranan Bahagian Pembahagian Pusaka;

iv) mengadakan sesi libat urus di peringkat Kementerian dan Jabatan dengan pentadbiran tanah Kerajaan Negeri-Negeri bagi mewujudkan kerjasama membantu penyelesaian tunggakan kes pusaka. Melalui tindakan ini pasukan task force diwujudkan dengan kerjasama daripada Kerajaan-kerajaan Negeri. Pada masa yang sama, Klinik Penyelesaian Tunggakan Kes Pusaka telah dimulakan di Negeri Kedah pada 14 Februari 2022; dan

v) mengemukakan permohonan kepada Kementerian Kewangan dan Jabatan Perkhidmatan Awam bagi pengambilan perjawatan secara kontrak. Ini adalah sebagai langkah jangka sederhana untuk menyelesaikan tunggakan sedia ada dan permohonan semasa dapat ditangani sebelum pindaan Akta Harta Pusaka Kecil (Pembahagian) 1955 [Akta 98] dikuatkuasakan. Sebagaimana dimaklumi, pindaan tersebut turut melibatkan peningkatan bidangkuasa harta pusaka kecil demi kemudahan kepada rakyat.

Sekian, terima kasih.

Attachments