Pertanyaan

Lisan

Dewan

Dewan Rakyat

Parlimen

Parlimen 14

Penggal

Penggal 5

Sesi

Mesyuarat Pertama

Tarikh Persidangan

15 March 2022

Tahun Persidangan

2022

Kategori

Tenaga

Nombor Soalan

22

Soalan

DR. ONG KIAN MING ( BANGI ) minta MENTERI TENAGA DAN SUMBER ASLI menyatakan sumber dan jumlah pembiayaan diskaun bil elektrik TNB dari tahun 2020 hingga hujung tahun 2021 dan menghuraikan jumlah yang ditanggung oleh dana COVID-19, KWIE, dan TNB masing-masing, termasuk jika Kementerian menanggung hutang kepada TNB dalam tahun 2020 dan 2021. ​

Jawapan

​Tuan Yang di-Pertua,

1. Jumlah peruntukan bagi diskaun bil elektrik yang diluluskan kepada semua pengguna elektrik di seluruh negara dari tahun 2020 hingga 31 Disember 2021 adalah sebanyak RM3.70 bilion. Daripada jumlah tersebut, pecahan peruntukan yang diluluskan untuk membiayai pemberian diskaun bil elektrik adalah seperti berikut:

i) Kumpulan Wang Covid-19 sebanyak RM1.44 bilion;

ii) Kumpulan Wang Industri Elektrik sebanyak RM1.95 bilion; dan

iii) Tenaga Nasional Berhad sebanyak RM304 juta.

2. Jumlah peruntukan yang telah dibelanjakan bagi membiayai pemberian diskaun bil elektrik sehingga 31 Disember 2021 adalah sebanyak RM3.35 bilion. Pada masa ini, Kerajaan masih melaksanakan proses pembayaran pakej-pakej diskaun tersebut secara berperingkat berdasarkan tuntutan yang dikemukakan.

3. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Kerajaan tidak menanggung sebarang hutang kepada TNB dalam tahun 2020 dan 2021.

Sekian, terima kasih.

Attachments