Pertanyaan

Lisan

Dewan

Dewan Rakyat

Parlimen

Parlimen 14

Penggal

Penggal 5

Sesi

Mesyuarat Pertama

Tarikh Persidangan

15 March 2022

Tahun Persidangan

2022

Kategori

Tenaga

Nombor Soalan

29

Soalan

​​PUAN YEO BEE YIN ( BAKRI ) minta MENTERI TENAGA DAN SUMBER ASLI menyatakan status terkini projek Laos-Thailand-Malaysia-Singapura (LTMS) di bawah ASEAN Power Grid (APG).​

Jawapan

​Tuan Yang di-Pertua,

Keempat-empat negara yang terlibat iaitu Lao PDR, Thailand, Malaysia dan Singapura sedang dalam peringkat akhir untuk memuktamadkan perjanjian bagi pelaksanaan Laos-Thailand-Malaysia-Singapore Power Integration Project (LTMS-PIP). Projek ini melibatkan penyaluran elektrik sehingga 100 MW dari Lao PDR ke Singapura melalui Thailand dan Malaysia menggunakan rangkaian grid voltan tinggi sedia ada dan akan dilaksanakan untuk tempoh dua tahun.

Sekian, terima kasih.

Attachments