Pertanyaan

Lisan

Dewan

Dewan Rakyat

Parlimen

Parlimen 14

Penggal

Penggal 5

Sesi

Mesyuarat Pertama

Tarikh Persidangan

21 March 2022

Tahun Persidangan

2022

Kategori

Tenaga

Nombor Soalan

4

Soalan

PUAN YEO BEE YIN ( BAKRI ) minta Menteri Tenaga Dan Sumber Asli menyatakan status terkini projek-projek solar di bawah LSS3 dan LSS@MEnTARI.​

Jawapan

​Tuan Yang di-Pertua,

1. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, sehingga Disember 2021, kemajuan pelaksanaan keseluruhan projek tenaga boleh baharu (TBB) di bawah Program Large Scale Solar Pusingan ke-3 (LSS-3) adalah dalam sekitar 78%. Kesemua projek di bawah LSS-3 akan mula menjana tenaga elektrik ke sistem grid pada akhir tahun 2022.

2. Manakala, bagi projek-projek TBB di bawah LSS@MEnTARI, kesemua pemaju yang telah ditawarkan kuota TBB sedang dalam proses memuktamadkan pembiayaan atau financial close. Projek-projek yang dibangunkan di bawah LSS@MEnTARI dijangka akan mula beroperasi seawal-awalnya pada akhir tahun 2023.

Sekian, terima kasih.

Attachments