Pertanyaan

Lisan

Dewan

Dewan Rakyat

Parlimen

Parlimen 14

Penggal

Penggal 5

Sesi

Mesyuarat Pertama

Tarikh Persidangan

24 March 2022

Tahun Persidangan

2022

Kategori

Tenaga

Nombor Soalan

3

Soalan

DATO' SRI ABDUL AZEEZ BIN ABDUL RAHIM ( BALING ) minta MENTERI TENAGA DAN SUMBER ASLI menyatakan strategi-strategi Kementerian dalam Pelan Hala Tuju Tenaga Boleh Baharu Malaysia (MyRER) dalam usaha mencapai misi negara adalah untuk mengurangkan kadar pelepasan karbon dioksida oleh sektor penjanaan tenaga sebanyak 45 peratus pada 2030 dan 60 peratus pada 2035. ​

Jawapan

Tuan Yang di-Pertua,
 

Bagi mencapai sasaran pengurangan kadar pelepasan karbon dioksida dalam sektor bekalan elektrik sebanyak 45 peratus pada 2030 dan 60 peratus pada 2035 berbanding kadar pada tahun 2005, Kerajaan melalui Malaysia Renewable Energy Roadmap (MyRER) telah menggariskan kerangka strategik bagi meningkatkan campuran Tenaga Boleh Baharu (TBB) dalam pembekalan elektrik negara melalui pelaksanaan empat tonggak berasaskan teknologi iaitu solar, bio-tenaga, hidro dan sumber-sumber baharu.

Pelaksanaan kesemua tonggak yang digariskan ini akan didukung oleh empat strategi pemangkin yang berperanan sebagai pemboleh daya ke arah usaha peningkatan kapasiti TBB negara serta pengurang pelepasan karbon dioksida. Empat strategi pemangkin tersebut adalah:

i) memanfaatkan peluang dalam pasaran bekalan elektrik (leveraging electricity marketreform for RE oppurtunities);

ii) menambah baik akses kepada pembiayaan (improve access to financing);

iii) pembentukan modal insan dan pembangunan infrastruktur (shape human capital and infrastructure); dan

v) peningkatan keanjalan sistem grid pembekalan elektrik (increase system flexibility).

Sekian, terima kasih.

Attachments