Pertanyaan

Lisan

Dewan

Dewan Rakyat

Parlimen

Parlimen 14

Penggal

Penggal 5

Sesi

Mesyuarat Pertama

Tarikh Persidangan

24 March 2022

Tahun Persidangan

2022

Kategori

Tenaga

Nombor Soalan

32

Soalan

TUAN KHALID BIN ABD SAMAD ( SHAH ALAM ) minta MENTERI TENAGA DAN SUMBER ASLI menyatakan apa rasional di sebalik diadakan dasar menghalang penjualan tenaga boleh diperbaharui (renewable energy) kepada Singapura.​

Jawapan

Tuan Yang di-Pertua,

1. Kerajaan telah membuat keputusan dasar untuk tidak membenarkan penjualan Tenaga Boleh Baharu (TBB) ke Singapura kerana keputusan ini memberikan lebih banyak kelebihan dan manfaat kepada rakyat dan negara. Keutamaan perlu diberikan untuk mengekalkan daya saing negara khususnya dalam menarik pelaburan asing yang berkehendakkan sumber TBB dan membantu negara mencapai komitmen ke atas sasaran pengurangan pelepasan gas rumah kaca (GHG) di bawah rangka kerja perubahan iklim.

2. Sekiranya Kerajaan membenarkan penjualan TBB ke Singapura, Malaysia akan kehilangan hak untuk menuntut carbon avoidance bagi projek TBB, yang sangat penting bagi negara bagi memenuhi komitmen di bawah Perjanjian Paris. Ini kerana syarat penjualan bekalan elektrik TBB yang dieksport ke Singapura hendaklah turut dipakejkan dengan Renewable Energy Certificate. Dengan kata lain, Malaysia perlu menggunakan sumber negara bagi membantu Singapura dalam melaksanakan langkah mitigasi perubahan iklim, mengurangkan jejak karbon pembekalan elektrik serta menarik pelaburan asing ke negara tersebut.

3. Oleh yang demikian, Kerajaan telah mengambil langkah strategik ini bagi mengekalkan kelebihan perbandingan atau competitive advantage dan daya saing negara dalam menarik pelaburan ke Malaysia. serta tidak merugikan negara. Sebaliknya mendatangkan manfaat yang besar kepada negara amnya dan Keluarga Malaysia khasnya.

Sekian, terima kasih.

Attachments