Pertanyaan

Lisan

Dewan

Dewan Rakyat

Parlimen

Parlimen 14

Penggal

Penggal 5

Sesi

Mesyuarat Pertama

Tarikh Persidangan

24 March 2022

Tahun Persidangan

2022

Kategori

Tenaga

Nombor Soalan

33

Soalan

DATO' HAJI CHE ABDULLAH BIN MAT NAWI ( TUMPAT ) minta MENTERI TENAGA DAN SUMBER ASLI menyatakan statistik mengikut negeri jumlah mangsa banjir yang menyertai Program Bantuan Banjir: Rebat Pembelian Peralatan Elektrik dan apakah usaha SEDA menyebarluaskan lagi informasi berkenaan program ini.​

Jawapan

Tuan Yang di-Pertua,

Program Bantuan Banjir Keluarga Malaysia bagi Pembelian Peralatan Elektrik Domestik bertujuan untuk meringankan beban kepada pengguna elektrik domestik yang terkesan dengan bencana banjir Monsun Timur Laut untuk membuat pembelian peralatan elektrik baharu bagi menggantikan peralatan yang rosak.

Sehingga 13 Februari 2022, sebanyak 43,954 unit rebat bernilai RM21.9 juta telah berjaya ditebus oleh mangsa-mangsa banjir.

Daripada 43,954 unit rebat yang berjaya ditebus, Selangor mencatatkan jumlah tertinggi dengan 30,634 unit rebat iaitu 69% diikuti dengan negeri Pahang sebanyak 12,932 unit rebat. Negeri Sembilan dan Kelantan dengan 155 dan 125 unit rebat. Manakala Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur berjumlah 72 unit rebat, Melaka dengan 28 unit rebat dan Johor berjumlah 7 unit rebat.​

Pihak Berkuasa Pembangunan Tenaga Lestari (SEDA) Malaysia telah dipertanggungjawabkan sebagai agensi pelaksana bagi Program Bantuan Banjir Keluarga Malaysia ini menggunakan platform Program Sustainability Achieved Via Energy Efficiency atau singkatannya SAVE.

SEDA Malaysia sedang giat mempromosikan program ini melalui:

i) Sesi temu bual di televisyen seperti di Dalam Rancangan Selamat Pagi Malaysia (SPM);

ii) laman sesawang KeTSA dan SEDA Malaysia;

iii) media sosial KeTSA, SEDA Malaysia, TNB dan Agensi-agensi Kerajaan seperti NADMA; dan

iv) kedai berdaftar dengan program SAVE dan platform e-dagang seperti Lazada, Shopee dan PGMall.

Sekian, terima kasih.

Attachments