Pertanyaan

Lisan

Dewan

Dewan Rakyat

Parlimen

Parlimen 14

Penggal

Penggal 5

Sesi

Mesyuarat Pertama

Tarikh Persidangan

24 March 2022

Tahun Persidangan

2022

Kategori

Perhutanan, Biodiversiti, PERHILITAN

Nombor Soalan

34

Soalan

TUAN LIM LIP ENG (KEPONG) minta MENTERI TENAGA DAN SUMBER ASLI menyatakan adakah aktiviti pembalakan bagus untuk usaha pemuliharaan harimau dan pemeliharaan hidupan liar. Berapa jumlah terkini harimau di Malaysia mengikut negeri.​

Jawapan

​Tuan Yang di-Pertua,

1. Amalan pengurusan hutan secara berkekalan memainkan peranan penting dalam pemeliharaan dan pemuliharaan habitat semula jadi Harimau Malaya. Perkara ini bertujuan untuk memastikan keseimbangan ekosistem yang akan melindungi populasi hidupan liar termasuk Harimau Malaya.

2. Dalam hal ini, Kementerian Tenaga dan Sumber Asli (KeTSA) melalui Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia (JPSM) dan Jabatan Perhutanan Negeri komited dalam melaksanakan pengusaha hasilan hutan mengikut amalan Pengurusan Hutan Secara Berkekalan (Sustainable Forest Management – SFM) yang memberikan penekanan kepada keseimbangan aspek pemeliharaan serta pemuliharaan hutan dan fungsinya dalam pembangunan sosioekonomi.

3. Pelaksanaan SFM di Malaysia adalah berpandukan kepada Dasar Perhutanan Malaysia serta selaras dengan komitmen negara terhadap ketetapan di bawah Forum Hutan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (United Nations Forum on Forests - UNFF).

4. Kementerian Tenaga dan Sumber Asli melalui Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) Semenanjung Malaysia telah melaksanakan Survei Harimau Kebangsaan Pertama (First National Tiger Survey - NTS1) dari tahun 2016 hingga 2020. Hasil survei mendapati bahawa bilangan individu Harimau Malaya dalam habitat asal dianggarkan kurang daripada 150 ekor sahaja yang terdapat di negeri-negeri yang merupakan kawasan keliaran Harimau Malaya iaitu Perak, Kedah, Selangor, Kelantan, Terengganu, Negeri Sembilan dan juga Pahang.

Sekian, terima kasih.

Attachments