Pertanyaan

Lisan

Dewan

Dewan Rakyat

Parlimen

Parlimen 14

Penggal

Penggal 5

Sesi

Mesyuarat Pertama

Tarikh Persidangan

24 March 2022

Tahun Persidangan

2022

Kategori

Biodiversiti

Nombor Soalan

77

Soalan

TUAN WONG HON WAI ( BUKIT BENDERA ) minta MENTERI TENAGA DAN SUMBER ASLI menyatakan apakah hasil penyertaan Malaysia di Persidangan ke-15 Konvesyen Biodiversiti (15th Conference of the Parties of the Convention on Biological Diversity COP15) yang diadakan pada tahun 2021 di Kunming, China.​

Jawapan

Tuan Yang di-Pertua,

1. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, pandemik COVID-19 yang melanda dunia telah menyebabkan Persidangan Conference of the Parties ke-15 (COP15) yang sepatutnya diadakan pada 2021 telah dijadualkan semula secara fizikal pada 25 April hingga 8 Mei 2022 di Kunming, Republik Rakyat China.

2. COP15 dijangka akan memuktamadkan Pelan Strategik Biodiversiti 2021-2030 yang dikenali sebagai Post-2020 Global Biodiversity Framework (Post-2020 GBF) di mana ia telah melalui pelbagai perundingan bersama pelbagai pihak termasuk negara-negara parti, badan bukan kerajaan (NGO) dan masyarakat sivil (CSO).

3. ​Setelah Post-2020 GBF dimuktamadkan, dokumen ini akan menjadi asas kepada semakan semula Dasar Kepelbagaian Biologi Kebangsaan 2016-2025 (DKBK) yang menjadi panduan kepada pemeliharaan dan pemuliharaan biodiversiti merentas semua kementerian dan agensi di peringkat persekutuan, kerajaan negeri dan kerajaan tempatan.

Sekian, terima kasih.​

Attachments