Pertanyaan

Lisan

Dewan

Dewan Rakyat

Parlimen

Parlimen 14

Penggal

Penggal 5

Sesi

Mesyuarat Pertama

Tarikh Persidangan

24 March 2022

Tahun Persidangan

2022

Kategori

Perhutanan

Nombor Soalan

81

Soalan

TUAN GOBIND SINGH DEO ( PUCHONG ) minta MENTERI TENAGA DAN SUMBER ASLI menyatakan langkah-langkah keselamatan yang telah diambil untuk mengawal pembalakan di Pahang sehingga menyebabkan banjir yang teruk.​

Jawapan

Tuan Yang di-Pertua,

1. Jabatan Perhutanan Pahang telah mengeluarkan arahan pemberhentian aktiviti pengusaha hasilan  hutan meliputi Hutan Simpanan Kekal (HSK), Tanah Kerajaan dan Tanah Berimilik pada 3 Januari 2022. Aktiviti ekopelancongan dalam Taman Eko Rimba juga diberhentikan semasa musim tengkujuh (pertengahan bulan Disember sehingga pertengahan Januari setiap tahun) bagi mengawal kerosakan kepada permukaan jalan hutan, dirian tinggal dan juga pencemaran aliran sungai.

2. Arahan pemberhentian yang dikeluarkan oleh Jabatan Perhutanan ini bertujuan menjamin keselamatan pekerja pengusaha hasilan hutan dan juga pengunjung ke Taman Eko Rimba. Arahan pemberhentian ini juga disebabkan sebahagian besar laluan ke kawasan aktiviti pengusaha hasilan hutan dan juga aktiviti ekopelancongan dalam Taman Eko Rimba lazimnya tidak dapat dilalui kerana kejadian tanah runtuh dan dinaiki air pada musim tengkujuh.

3. Selain itu, Jabatan Perhutanan Pahang juga telah mengeluarkan arahan pembatalan lesen bagi pengusaha hasilan hutan di Bukit Makro, Maran pada 17 Januari 2022 setelah membuat penilaian berdasarkan analisis pascabanjir dan mengambil kira kepentingan awam. Arahan pembatalan lesen ini juga selari dengan Pekeliling Ketua Pengarah Perhutanan Semenanjung Malaysia yang dikeluarkan oleh JPSM pada tahun 2016 iaitu 'Panduan Amalan Baik Hutan (Good Forest Practices) untuk Pengusahasilan Kayu Kayan Tanah Kerajaan' yang turut menggariskan aktiviti pengusaha hasilan hutan tidak dibenarkan semasa musim tengkujuh bagi mengurangkan impak ke atas hakisan tanah dan habitat flora dan fauna.

Sekian, terima kasih.

Attachments