Pertanyaan

Bukan Lisan

Dewan

Dewan Rakyat

Parlimen

Parlimen 14

Penggal

Penggal 5

Sesi

Mesyuarat Pertama

Tarikh Persidangan

Tahun Persidangan

2022

Kategori

Biodiversiti, PERHILITAN

Nombor Soalan

52

Soalan

DATO' WIRA HAJI AMIRUDDIN BIN HAJI HAMZAH (KUBANG PASU) minta MENTERI TENAGA DAN SUMBER ASLI menyatakan tindakan yang telah diambil untuk mengelakkan harimau dijangkiti virus “canine distemper" yang telah mengakibatkan kematian 2 ekor harimau di Terengganu dan Johor. Apakah benar jangkitan ini bersumberkan anjing dan kucing dan harimau yang merayau ke kawasan penempatan manusia berkemungkinan besar mendapatkan virus ini dari anjing dan kucing.​

Jawapan

Tuan Yang di-Pertua,

1. Virus Canine Distemper (CDV) adalah penyakit berjangkit yang disebabkan oleh virus single-strand RNA famili Paramyxovirus. Virus ini boleh menjangkiti pelbagai spesies haiwan termasuk hidupan liar seperti Harimau Malaya, musang, memerang, binturong, gajah, beruk, lotong dan kera. Cara jangkitan virus ini adalah melalui titisan aerosol daripada haiwan terjangkit.

2. Hasil post mortem mengesahkan kematian kedua-dua ekor Harimau Malaya di Terengganu dan Johor adalah disebabkan oleh jangkitan CDV. Bagi mengenal pasti sama ada anjing menjadi punca jangkitan penyakit CDV, Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) bersama Fakulti Perubatan Veterinar, Universiti Putra Malaysia (UPM) sedang menjalankan kerjasama penyelidikan tentang epidemiologi dan genetik molekular penyakit CDV di Terengganu dan Johor yang dijangka selesai pada Jun 2022.

Sekian, terima kasih.

Attachments