Pertanyaan

Bukan Lisan

Dewan

Dewan Rakyat

Parlimen

Parlimen 14

Penggal

Penggal 5

Sesi

Mesyuarat Pertama

Tarikh Persidangan

Tahun Persidangan

2022

Kategori

Tenaga

Nombor Soalan

90

Soalan

Tuan CHAN MING KAI (ALOR SETAR) minta MENTERI TENAGA DAN SUMBER ASLI menyatakan penghutang bil elektrik tertinggi bagi premis Kerajaan di setiap negeri serta jumlah tunggakan masing-masing.​

Jawapan

Tuan Yang Dipertua,

1. Berdasarkan maklumat yang diperolehi daripada Tenaga Nasional Berhad (TNB), tiga premis Kerajaan yang mempunyai hutang bil elektrik tertinggi adalah Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT), dan Setiausaha Kerajaan Negeri Johor dengan tunggakan bil elektrik sehingga 31 Januari 2022 masing-masing adalah berjumlah RM8.93 juta, RM5.42 juta dan RM3.12 juta.

2. Perincian maklumat mengenai penghutang bil elektrik tertinggi bagi premis Kerajaan di setiap negeri serta jumlah tunggakan hutang masing-masing sehingga 31 Januari 2022 adalah seperti berikut: 

NEGERI SEMENANJUNGNAMA PENGGUNA BERDAFTARTUNGGAKAN SETAKAT 31-Jan-22 (RM)
W.P. KUALA LUMPUR
DEWAN BANDARAYA KUALA LUMPUR 8,930,413.47
TERENGGANUMAJLIS BANDARAYA KUALA TERENGGANU 5,424,259.31
JOHORSETIAUSAHA KERAJAAN NEGERI3,117,599.70
SELANGORPERBADANAN KEMAJUAN NEGERI SELANGOR 2,314,928.77

MELAKAMAJLIS PERBANDARAN JASIN2,201,393.80
PULAU PINANGSETIAUSAHA KERAJAAN NEGERI1,884,601.39
KEDAHJABATAN PENGAIRAN DAN SALIRAN MALAYSIA943,744.74
KELANTAN
MAJLIS PERBANDARAN KOTA BAHRU 831,772.86
W.P. PUTRAJAYA DAN CYBERJAYAPERBADANAN PUTRAJAYA 702,663.48
PERAKPERBADANAN KEMAJUAN NEGERI PERAK 642,650.72
NEGERI SEMBILANKETUA PENOLONG SETIAUSAHA BAHAGIAN KHIDMAT PENGURUSAN 508,531.91
PERLISPERBADANAN KEMAJUAN EKONOMI NEGERI PERLIS273,561.99
PAHANGMAJLIS DAERAH RAUB238,359.66
JUMLAH28,014,481.8​

3. Walau bagaimanapun, Kementerian mendapati bahawa tunggakan-tunggakan ini adalah disebabkan oleh perkara-perkara berikut:

i) kerumitan semakan dan pengesahan oleh Agensi Kerajaan Negeri dalam mengenal pasti status lokasi/pemilikan/tanggungjawab pembayaran bil bagi premis-premis seperti Projek Perumahan Rakyat, lampu jalan, pusat penjaja dan fasiliti lain; dan

ii) kegagalan penyewa / pembeli membuat pertukaran nama serta kegagalan untuk menjelaskan pembayaran bil elektrik.

4. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, pihak TNB sentiasa bekerjasama dengan Agensi Kerajaan Negeri untuk mencari penyelesaian terbaik bagi menangani isu tunggakan bil elektrik ini.

Sekian, terima kasih.

Attachments