Pertanyaan

Bukan Lisan

Dewan

Dewan Rakyat

Parlimen

Parlimen 14

Penggal

Penggal 5

Sesi

Mesyuarat Pertama

Tarikh Persidangan

Tahun Persidangan

2022

Kategori

Perhutanan

Nombor Soalan

147

Soalan

TUAN HASSAN BIN ABDUL KARIM ( PASIR GUDANG ) minta MENTERI TENAGA DAN SUMBER ASLI menyatakan berkaitan dengan dokumen Rancangan Malaysia Ke-12 yang menyatakan sebanyak 28.5 juta pokok hutan telah ditanam, jadi apakah pecahan tanaman 28.5 juta pokok hutan antara tahun 2015 hingga 2020 mengikut negeri dan agensi. Siapakah pihak yang memantau sama ada pokok yang ditanam itu masih hidup. â€‹

Jawapan

Tuan Yang di-Pertua,

1. Dokumen Rancangan Malaysia ke-12 (RMKe-12) yang menyatakan bahawa sebanyak 28.5 juta pokok hutan telah ditanam adalah berdasarkan maklumat penanaman pokok dari tahun 2016 sehingga Ogos 2020 yang telah dikemukakan oleh Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia (JPSM) kepada Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri. Sepanjang RMKe-11 iaitu dari tahun 2016 hingga 31 Disember 2020, sebanyak 29.8 juta pokok telah ditanam di Semenanjung. Perincian maklumat penanaman pokok mengikut negeri yang telah ditanam oleh Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia dan Jabatan-jabatan Perhutanan Negeri adalah seperti berikut:

BIL​NEGERIBILANGAN POKOK DITANAM (2016 – 2020)
1Johor877,541
2Kedah582,486
3Kelantan7,271,926
4Melaka20,184
5Negeri Sembilan2,426,151
6Pahang6,571,368
7Perak9,541,906
8Perlis31,411
9Pulau Pinang27,938
10Selangor305,891
11Terengganu2,234,236
15Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur3,202
Jumlah ​29,894,240

2. Aktiviti pemantauan ke atas pokok-pokok yang telah ditanam dilaksanakan oleh JPSM dan Jabatan-jabatan Perhutanan Negeri meliputi proses penyenggaraan iaitu rawatan dan sulaman pokok. Pokok yang telah ditanam lazimnya memerlukan masa tiga hingga lima tahun bergantung kepada lokasi dan spesies sebelum ianya boleh membesar dengan sendiri tanpa proses penyenggaraan. Kadar kelangsungan hidup (survival rate) pokok adalah di antara 70 hingga 80 peratus. JPSM dan Jabatan-jabatan Perhutanan Negeri juga membuat plot pemantauan kadar tumbesaran pokok selepas ianya boleh tumbuh sendiri.

Sekian, terima kasih.

Attachments