Pertanyaan

Bukan Lisan

Dewan

Dewan Rakyat

Parlimen

Parlimen 14

Penggal

Penggal 5

Sesi

Mesyuarat Pertama

Tarikh Persidangan

Tahun Persidangan

2022

Kategori

Tanah

Nombor Soalan

248

Soalan

DATO' HAJI MAHFUZ BIN HAJI OMAR (POKOK SENA) minta MENTERI TENAGA DAN SUMBER ASLI menyatakan statistik tanah milik Kerajaan Persekutuan yang telah dilupuskan sama ada melalui penjualan atau pemberi milikan dari tahun 2012 sehingga 2021 berdasarkan jumlah hak milik dan keluasan, dan juga harga pelupusan. ​

Jawapan

​Tuan Yang di-Pertua,

1. Di antara tahun 2012 sehingga tahun 2021, terdapat sembilan (9) lot tanah milik Pesuruhjaya Tanah Persekutuan yang telah dilaksanakan proses pindah milik berdasarkan keputusan Mesyuarat Jemaah Menteri bagi penjualan tanah secara “outright sales" oleh Kementerian Kewangan.

2. Dimaklumkan bahawa, sembilan (9) lot yang terlibat adalah berkeluasan 27.3158 hektar dengan nilai jualan keseluruhan berjumlah RM2,551,409,245.00. Nilaian lot-lot tanah tersebut adalah berdasarkan nilaian yang dilakukan oleh Jabatan Perkhidmatan Penilaian Harta, Kementerian Kewangan yang menjadi garis panduan bagi nilaian yang diputuskan oleh Mesyuarat Jemaah Menteri.

Sekian, terima kasih.

Attachments