Pertanyaan

Bukan Lisan

Dewan

Dewan Rakyat

Parlimen

Parlimen 14

Penggal

Penggal 5

Sesi

Mesyuarat Pertama

Tarikh Persidangan

Tahun Persidangan

2022

Kategori

Perhutanan

Nombor Soalan

377

Soalan

PUAN RUSNAH BINTI ALUAI (TANGGA BATU) minta MENTERI TENAGA DAN SUMBER ASLI menyatakan jumlah keluasan hutan simpan yang masih kekal di Malaysia memandangkan pembalakan haram di hutan simpan semakin berleluasa yang menyebabkan berlakunya bencana alam seperti banjir.​

Jawapan

Tuan Yang di-Pertua,

1. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Malaysia masih mempunyai kawasan berhutan seluas 18.27 juta hektar atau 55.3 peratus daripada keluasan tanah negara. Keluasan kawasan berhutan ini adalah melibatkan kawasan Hutan Simpanan Kekal (HSK), Kawasan Perlindungan dan Tanah Kerajaan. Daripada jumlah tersebut, keluasan HSK adalah 10.92 juta hektar atau 33.06 peratus daripada keluasan tanah negara.

2. Dakwaan yang menyatakan bahawa pembalakan haram di hutan simpan semakin berleluasa sehingga menyebabkan berlakunya bencana alam seperti banjir adalah tidak benar. Statistik kes pembalakan haram di Malaysia dari tahun 2011 hingga 2021 adalah sebanyak 1,298 kes. Kes pembalakan haram di Malaysia mula menunjukkan trend penurunan iaitu daripada 259 kes pada tahun 2019 kepada 134 kes pada tahun 2021. Kesemua kes tersebut telah diambil tindakan di bawah Akta Perhutanan Negara 1984 [Akta 313] di Semenanjung Malaysia, Ordinan Hutan 2015 (Bab 71) di Sarawak dan Enakmen Hutan 1968 (Sabah No. 2 of 1968) di Sabah.

Sekian, terima kasih.

Attachments