Pertanyaan

Bukan Lisan

Dewan

Dewan Rakyat

Parlimen

Parlimen 14

Penggal

Penggal 5

Sesi

Mesyuarat Pertama

Tarikh Persidangan

Tahun Persidangan

2022

Kategori

Perhutanan

Nombor Soalan

541

Soalan

DATUK SERI DR. HAJI DZULKEFLY BIN AHMAD ( KUALA SELANGOR ) minta MENTERI TENAGA DAN SUMBER ASLI menyatakan adakah Kementerian berhasrat untuk meminda Akta Perhutanan Ne​​​​​​​gara 1984 untuk mengetatkan ​​lagi syarat-syarat pembalakan bagi mengurangkan kesan alam sekitar akibat pembalakan.​​​​​​​



Jawapan

​Tuan Yang di-Pertua,

1. Kementerian Tenaga dan Sumber Asli (KeTSA) telah membentangkan bacaan pertama Rang Undang-undang (RUU) Perhutanan Negara (Pindaan) 2022 di Dewan Rakyat pada 3 Mac 2022 bagi meminda Akta Perhutanan Negara 1984 [Akta 313]. Manakala, Bacaan Kedua dan Ketiga dijadualkan pada 23 Mac 2022. Antara perkara penting yang diberi penekanan dalam RUU tersebut adalah:

i) keperluan untuk mengadakan siasatan awam (public hearing) sebelum sesuatu kawasan Hutan Simpanan Kekal (HSK) diwarta keluar;

ii) keperluan penggantian serentak HSK yang diwarta keluar dengan suatu kawasan tanah yang sama luas atau lebih besar; dan

iii) usaha membanteras kegiatan pembalakan haram dengan meningkatkan kadar denda dan hukuman yang lebih tinggi sebagai satu usaha pencegahan (deterrence) kepada masyarakat supaya tidak melibatkan diri dalam jenayah kesalahan hutan.

2. Cadangan pindaan ini bertujuan memperketatkan proses pewartaan keluar HSK dan dalam masa yang sama akan mengurangkan tekanan pembangunan ke atas kawasan HSK sedia ada. Melalui pindaan ini juga, pewartaan keluar HSK bagi tujuan pembangunan akan merupakan pilihan terakhir yang diambil oleh Pihak Berkuasa Negeri setelah semua aspek due diligence dilaksanakan.

Sekian, terima kasih.

Attachments