Pertanyaan

Lisan

Dewan

Dewan Negara

Parlimen

Parlimen 14

Penggal

Penggal 5

Sesi

Mesyuarat Pertama

Tarikh Persidangan

23 March 2022

Tahun Persidangan

2022

Kategori

Perhutanan

Nombor Soalan

39

Soalan

​​IR. TS. HAJI KHAIRIL NIZAM BIN KHIRUDIN minta MENTERI TENAGA DAN SUMBER ASLI menyatakan status terkini peratusan keluasan hutan simpan di seluruh negara.​

Jawapan

​Tuan Yang di-Pertua,

Malaysia masih mempunyai kawasan berhutan seluas 18.27 juta hektar atau 55.3 peratus daripada keluasan tanah negara. Keluasan kawasan berhutan ini adalah melibatkan kawasan Hutan Simpanan Kekal (HSK), Kawasan Perlindungan dan Tanah Kerajaan. Daripada jumlah tersebut, keluasan HSK adalah 10.92 juta hektar atau 33.06 peratus daripada keluasan tanah negara.

Sekian, terima kasih.

Attachments