Pertanyaan

Lisan

Dewan

Dewan Negara

Parlimen

Parlimen 14

Penggal

Penggal 5

Sesi

Mesyuarat Pertama

Tarikh Persidangan

23 March 2022

Tahun Persidangan

2022

Kategori

Perhutanan, Mineral

Nombor Soalan

56

Soalan

DATO' HAJI AHMAD BIN YAHAYA minta MENTERI TENAGA DAN SUMBER ASLI menyatakan apakah perkembangan terkini program restorasi kawasan hutan terosot di Jerai Geopark dan menyatakan jumlah peruntukan yang telah disalurkan dalam program restorasi tersebut.​

Jawapan

Tuan Yang di-Pertua,

Jerai Geopark terdiri daripada gabungan Hutan Simpanan Kekal (HSK), Tanah Kerajaan (TK), Tanah Berimilik (TM) dan laut berkeluasan 81,600 hektar. Kawasan HSK yang berada dalam kawasan Jerai Geopark adalah Hutan Simpan Gunung Jerai dengan keluasan 8,560 hektar dan Hutan Simpan Merbok dengan keluasan 3,076 hektar. Kedua-dua Hutan Simpan ini dikelaskan sebagai Hutan Perlindungan dan tidak dibenarkan untuk dijalankan sebarang aktiviti pengusaha hasilan hutan. Bagi Hutan Simpan Gunung Jerai dan Hutan Simpan Merbok, tiada hutan terosot yang terdapat dalam kawasan ini.

Sekian, terima kasih.​
Attachments