Pertanyaan

Lisan

Dewan

Dewan Negara

Parlimen

Parlimen 14

Penggal

Penggal 5

Sesi

Mesyuarat Pertama

Tarikh Persidangan

23 March 2022

Tahun Persidangan

2022

Kategori

Biodiversiti, PERHILITAN

Nombor Soalan

87

Soalan

PUAN LIM HUI YING minta MENTERI TENAGA DAN SUMBER ASLI menyatakan berapa ekor Harimau Malaya di Malaysia pada tahun 2001, 2011 dan tahun 2021.​

Jawapan

​Tuan Yang di-Pertua,

1. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, tidak ada survei mengenai Harimau Malaya yang dilaksanakan sebelum tahun 2016.

2. Survei Harimau Kebangsaan Pertama (First National Tiger Survey - NTS1) telah dilaksanakan oleh Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) bermula tahun 2016 hingga 2020 di landskap hutan-hutan Central Forest Spine (CFS) Semenanjung Malaysia seluas 44,000 km persegi dengan menggunakan perangkap kamera. Berdasarkan dapatan survei, anggaran populasi Harimau Malaya terkini adalah kurang daripada 150 ekor.

Sekian, terima kasih.

Attachments