Pertanyaan

Lisan

Dewan

Dewan Negara

Parlimen

Parlimen 14

Penggal

Penggal 5

Sesi

Mesyuarat Pertama

Tarikh Persidangan

28 March 2022

Tahun Persidangan

2022

Kategori

Perhutanan, Biodiversiti

Nombor Soalan

29

Soalan

DATO' HAJI AHMAD BIN YAHAYA minta MENTERI TENAGA DAN SUMBER ASLI menyatakan apakah pendirian Kementerian berhubung cadangan memasukkan pemeliharaan tanah sawah padi sebagai salah satu elemen yang tergolong dalam Ecological Fiscal Transfer (EFT).​

Jawapan

Tuan Yang di-Pertua,

1. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Ecological Fiscal Transfer for Biodiversity Conservation (EFT) merupakan satu bentuk insentif kepada Kerajaan-kerajaan Negeri bagi melaksanakan projek berkaitan perlindungan dan pemuliharaan biodiversiti dan hutan.

2. Tanah sawah tidak termasuk di dalam skop di bawah EFT dan ia terletak di bawah bidang kuasa Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI). Kementerian tidak berhasrat untuk memasukkan pemeliharaan tanah sawah sebagai salah satu elemen di bawah EFT.

Sekian, terima kasih.

Attachments