Pertanyaan

Lisan

Dewan

Dewan Negara

Parlimen

Parlimen 14

Penggal

Penggal 5

Sesi

Mesyuarat Pertama

Tarikh Persidangan

30 March 2022

Tahun Persidangan

2022

Kategori

Perhutanan

Nombor Soalan

38

Soalan

​​DATUK RAZALI BIN IDRIS minta MENTERI TENAGA DAN SUMBER ASLI menyatakan berapa jumlah pendapatan Kerajaan dari tahun 2015 hingga 2021 hasil dari bayaran permit memasuki hutan simpan kekal sebanyak RM5 seorang di negeri Terengganu.​​

Jawapan

Tuan Yang di-Pertua,

1. Kerajaan Negeri Terengganu melalui Jabatan Perhutanan Terengganu telah melaksanakan kutipan bayaran Permit Memasuki Hutan Simpanan Kekal (HSK) pada kadar RM5 seorang sebulan kepada mana-mana individu yang menjalankan aktiviti dalam kawasan HSK sepertimana yang ditetapkan dalam Kaedah-kaedah Hutan 1986 Negeri Terengganu.

2. Jumlah pendapatan Kerajaan Negeri Terengganu dari tahun 2015 hingga 2021 hasil dari bayaran permit memasuki HSK adalah sebanyak RM341,825. Hasil pendapatan tersebut diperolehi daripada pengunjung yang melakukan aktiviti pendakian di Gunung Chemerong-Berembun-Langsir (CBL), permit masuk untuk melaksanakan aktiviti penyelidikan daripada Insititut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM), Universiti Malaysia Terengganu (UMT), Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA), Badan Bukan Kerajaan (NGO), bayaran sub-lesen bagi kawasan lesen pengusaha hasilan dan aktiviti-aktiviti Iain untuk tujuan memasuki HSK.

Sekian, terima kasih.

Attachments