Pertanyaan

Lisan

Dewan

Dewan Negara

Parlimen

Parlimen 14

Penggal

Penggal 5

Sesi

Mesyuarat Pertama

Tarikh Persidangan

31 March 2022

Tahun Persidangan

2022

Kategori

Tenaga

Nombor Soalan

53

Soalan

Ir. Ts. Haji Khairil Nizam Bin Khirudin minta MENTERI TENAGA DAN SUMBER ASLI menyatakan apakah bentuk dan berapakah jumlah rakyat yang telah mendapat manfaat daripada program Sustainability Achieved Via Eenergy Efficiency (SAVE) 3.0 sepanjang program ini dijalankan.​​


Jawapan

​Tuan Yang di-Pertua,

Pelaksanaan Program SAVE 3.0 bertujuan untuk meningkatkan kesedaran serta menggalakkan lebih ramai rakyat Malaysia untuk menggunakan kelengkapan cekap tenaga serta memperbanyakkan penawaran dan pilihan barangan elektrik cekap tenaga bertaraf 4 dan 5 bintang di dalam pasaran tempatan. Program ini dijangka dapat memberi manfaat kepada 140,000 isi rumah di seluruh negara.

Program SAVE 3.0 menyediakan nilai e-rebat yang boleh ditebus sehingga RM400 serta menyediakan lebih banyak pilihan peralatan elektrik. Terdapat enam peralatan cekap tenaga yang ditawarkan di bawah dua kategori Program ini iaitu Kategori 1 - peti sejuk dan penyaman udara. Manakala Kategori 2, televisyen, mesin basuh, ketuhar gelombang mikro dan periuk nasi. Penebusan e-rebat adalah terhad kepada satu peralatan dan RM200 bagi setiap kategori.

Sehingga 7 Mac 2022, seramai 48,685 pengguna elektrik domestik telah menebus e-rebat Program SAVE 3.0 dengan jumlah tuntutan e-rebat berjumlah RM10,706,250. Selain itu, seramai 1,352 pekedai/peruncit telah berdaftar di bawah Program SAVE 3.0.

Sekian, terima kasih.

Attachments