Pertanyaan

Bukan Lisan

Dewan

Dewan Negara

Parlimen

Parlimen 14

Penggal

Penggal 5

Sesi

Mesyuarat Pertama

Tarikh Persidangan

Tahun Persidangan

2022

Kategori

Perhutanan

Nombor Soalan

67

Soalan

​​DATO' HAJI AHMAD BIN YAHAYA minta MENTERI TENAGA DAN SUMBER ASLI menyatakan berapakah statistik kes pembalakan haram yang berlaku sepanjang tempoh 2018 hingga 2021 mengikut negeri dan menjelaskan keberkesanan pemeliharaan Hutan Simpanan Kekal (HSK) melalui sistem Forest Monitoring using Remote Sensing (FMRS).​

Jawapan

​Tuan Yang di-Pertua,

1. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, sepanjang tempoh 2018 hingga 2021 sejumlah 633 kes pembalakan haram telah dikesan di seluruh negara. Perincian kes mengikut negeri ialah seperti berikut: 

BILNEGERIBILANGAN KES (2018 – 2021)
1Johor6
2Kedah18
3Kelantan26
4Melaka2
5Negeri Sembilan7
6Pahang40
7Perak43
8Perlis0
9Pulau Pinang0
10Selangor2
11Terengganu54
12Wilayah Persekutuan 0
13Sabah86
14Sarawak344
Jumlah 633

2. Kementerian Tenaga dan Sumber Asli melalui Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia (JPSM) menggunakan sistem Forest Monitoring using Remote Sensing (FMRS) bagi membantu pasukan rondaan dan operasi penguatkuasaan untuk membanteras aktiviti kesalahan hutan di lapangan dengan maklumat lokasi yang lebih spesifik. Sistem FMRS ini menggunakan teknologi Geographic Information System (GIS) dan penderiaan jarak jauh yang boleh mengesan sebarang perubahan dalam kawasan Hutan Simpanan Kekal (HSK). Antara maklumat yang terdapat dalam sistem FMRS adalah kelas fungsi hutan, sempadan HSK, imej satelit beresolusi tinggi, maklumat koordinat, lesen pembalakan dan permit penggunaan. Setiap anggota penguatkuasa mempunyai akses kepada sistem FMRS dan ini membolehkan aktiviti pengesanan dan penguatkuasaan dijalankan dengan lebih pantas berbanding dengan kaedah pemantauan di lapangan.

Sekian, terima kasih.
Attachments