Pertanyaan

Lisan

Dewan

Dewan Rakyat

Parlimen

Parlimen 14

Penggal

Penggal 5

Sesi

Mesyuarat Kedua

Tarikh Persidangan

20 July 2022

Tahun Persidangan

2022

Kategori

Tenaga

Nombor Soalan

89

Soalan

PUAN YEO BEE YIN (BAKRI) minta MENTERI TENAGA DAN SUMBER​ ASLI menyatakan status terkini rangkaan Akt​a Kecekapan dan Konservasi Tenaga.​​

Jawapan

Tuan Yang di-Pertua,

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat,

Penggubalan Rang Undang-Undang Kecekapan dan Konservasi Tenaga (Energy Efficiency and Conservation Act –EECA) bertujuan untuk mewujudkan satu kerangka perundangan kecekapan tenaga yang komprehensif bagi mengawal selia, menguatkuasa, menyelaras dan melaksanakan inisiatif kecekapan tenaga termasuk tenaga termal.

Proses penggubalan RUU Kecekapan dan Konservasi Tenaga kini telah memasuki fasa akhir, di mana draf RUU tersebut sedang dalam proses dimuktamadkan oleh Jabatan Peguam Negara (AGC) sebelum diangkat kepada Jemaah Menteri untuk kelulusan pembentangan di Parlimen. Pihak Kementerian menjangka bahawa RUU Kecekapan dan Konservasi Tenaga tersebut dapat dibentangkan semasa Mesyuarat Ketiga, Penggal Kelima, Parlimen Keempat Belas.

Sekian, terima kasih.

Attachments
DR L89 20.07.2022 - Yeo Bee Yin [Bakri].pdf