Pertanyaan

Lisan

Dewan

Dewan Rakyat

Parlimen

Parlimen 14

Penggal

Penggal 5

Sesi

Mesyuarat Kedua

Tarikh Persidangan

20 July 2022

Tahun Persidangan

2022

Kategori

Perhutanan, Biodiversiti

Nombor Soalan

127

Soalan

DATO' SYED ABU HUSSIN BIN HAFIZ SYED ABDUL FASAL (BUKIT GANTANG) minta MENTERI TENAGA DAN SUMBER ASLI menyatakan langkah yang dilaksanakan Kementerian bagi menambah baik ekosistem dan biodiversiti bagi kawasan Kuala Sepetang dan Trong serta usaha yang dimainkan oleh Kementerian dalam Kempen Penanaman 100 Juta Pokok di kawasan ini. Kedua-dua kawasan ini mempunyai jenis baka dan pokok paya bakau yang terbaik di dunia.​​​​​​

Jawapan

Tuan Yang di-Pertua,

1. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, antara usaha yang dilaksanakan Kementerian Tenaga dan Sumber Asli (KeTSA) dalam menambahbaik ekosistem dan biodiversiti di kawasan Kuala Sepetang dan Trong adalah melalui pelaksanaan  penanaman pokok spesies-spesies hutan paya laut dan Program Communication, Education and Public Awareness (CEPA) yang melibatkan komuniti masyarakat, badan bukan kerajaan (NGO), pelajar dan pelbagai agensi. Selain itu, Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia (JPSM) melalui Jabatan Perhutanan Negeri Perak juga telah menyediakan Rancangan Kerja Hutan Paya Laut Matang bagi tahun 2020 hingga 2029. Rancangan Kerja Hutan Paya Laut Matang ini disediakan bertujuan untuk dijadikan rujukan rasmi dalam merancang, menilai, mengurus dan mengawal selia Hutan Paya Laut Matang serta menyokong pengurusan yang efektif bagi Unit Pengurusan Hutan Negeri Perak.

3. Selain itu, KeTSA melalui JPSM dan Jabatan Perhutanan Negeri Perak juga telah melaksanakan pelbagai aktiviti di bawah Program Penghijauan Malaysia: Kempen Penanaman 100 Juta Pokok di kawasan ini. Sebanyak 1,226,861 pokok merangkumi dua spesies iaitu Bakau Minyak dan Bakau Kurap telah ditanam di kawasan ini sejak pelancaran kempen pada 5 Januari 2021. Di samping itu, antara aktiviti utama lain yang telah dijalankan adalah seperti berikut:

(i) Program penanaman bersama Ahli Mesyuarat Bersama Jabatan (MBJ) Ibu Pejabat JPSM di Pusat Eko Pelajaran Hutan Paya Laut Matang, Kuala Sepetang, Perak pada 9 November 2021. Program ini melibatkan penanaman sebanyak 200 pokok daripada 60 orang peserta;

(ii) Program penanaman pokok sempena lawatan Tuan Yang Terutama Duta Jerman ke Malaysia di Pusat Eko Pelajaran Hutan Paya Laut Matang, Kuala Sepetang, Perak pada 19 November 2021. Program ini melibatkan penanaman sebanyak 20 pokok daripada 20 orang peserta;

(iii) Program Penyemaian Benih Bakau bersama Hospital KPJ Taiping Sempena Hari Alam Sekitar Sedunia di Pusat Eko Pelajaran Kuala Sepetang, Matang, Perak pada 2 Julai 2022. Program ini melibatkan penanaman sebanyak 500 pokok daripada 20 orang peserta; dan

(iv) Program Penghijauan Malaysia: Kempen Penanaman 100 Juta Pokok sempena Program Mesra Rakyat Keluarga Malaysia (Zon Tengah), KeTSA. Program ini melibatkan penanaman sebanyak 303 pokok daripada 30 orang peserta. Selain itu, JPSM melalui Jabatan Perhutanan Negeri Perak juga mengagihkan sebanyak 50 pokok Bidara kepada masjid-masjid dan surau-surau di Kampung Sungai Tinggi, Trong, Perak.

Sekian, terima kasih.

Attachments
DR L127 20.07.2022 - DATO' SYED ABU HUSSIN [Bukit Gantang].pdf