Pertanyaan

Lisan

Dewan

Dewan Rakyat

Parlimen

Parlimen 14

Penggal

Penggal 5

Sesi

Mesyuarat Kedua

Tarikh Persidangan

26 July 2022

Tahun Persidangan

2022

Kategori

Tenaga

Nombor Soalan

15

Soalan

DATUK HAJAH RUBIAH BINTI HAJI WANG (KOTA SAMARAHAN) minta MENTERI TENAGA DAN SUMBER ASLI menyatakan jumlah pencapaian mengenai Agenda Hijau dan Kelestarian Tenaga Negara.​​

Jawapan

Tuan Yang di-Pertua,

1. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, selaras dengan aspirasi negara untuk mencapai negara neutral karbon menjelang tahun 2050, Kementerian Tenaga dan Sumber Asli sebagai Kementerian yang bertanggungjawab terhadap industri pembekalan elektrik negara, telah menetapkan sasaran untuk melestarikan sumber penjanaan elektrik negara melalui peningkatan kapasiti Tenaga Boleh Baharu (TBB) kepada 31% pada tahun 2025 dan 40% pada tahun 2035.

2. Sehingga bulan Mac 2022, jumlah kapasiti terpasang TBB telah mencapai 9,381MW atau 23% daripada keseluruhan kapasiti terpasang bekalan elektrik negara. Jumlah kapasiti terpasang TBB ini telah menyumbang kira-kira 70% daripada jumlah kapasiti TBB yang perlu dicapai pada tahun 2025. KeTSA akan meneruskan usaha untuk memastikan supaya baki 30% daripada kapasiti TBB yang telah disasarkan bagi tahun 2025 akan dicapai melalui pelaksanaan program-program yang telah dirancang termasuk:

i) Proram Solar Berskla Besar​

ii) Program Net Energy Metering

iii) Program Feed-in Tariff

Sekian, terima kasih.

Attachments
DR L15 26.07.2022 - Datuk Hajah Rubiah Hj Wang [Kota Samarahan].pdf