Pertanyaan

Lisan

Dewan

Dewan Rakyat

Parlimen

Parlimen 14

Penggal

Penggal 5

Sesi

Mesyuarat Kedua

Tarikh Persidangan

26 July 2022

Tahun Persidangan

2022

Kategori

Tenaga

Nombor Soalan

46

Soalan

TUAN MA'MUN BIN SULAIMAN (KALABAKAN) minta MENTERI TENAGA DAN SUMBER ASLI menyatakan kerugian yang ditanggung oleh Kerajaan akibat ketidaksambungan dan penarikan balik pā€‹ermit penerokaan gas geothermal daripada Tawau Green Energy Sdn Bhd di lokasi Apas Kiri, Tawau. Apakah Kementerian bersedia dengan perancangan untuk memulakan semula projek tersebut setelah penerokaan kawasan hutan simpan dengan cara menebang kayu kayan bermutu tinggi di kawasan yang dicadang sebagai tapak geothermal. Apakah alasan-alasan yang dikenal pasti sehingga projek tersebut tidak diteruskan.ā€‹

Jawapan

Tuan Yang di-Pertua,

1. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, pelaksanaan projek geoterma oleh Tawau Green Energy Sdn. Bhd. di Apas Kiri, Tawau telah diluluskan pelaksanaannya di bawah mekanisme tarif galakan (Feed-in Tariff ā€“ FiT) pada  2 Julai 2015.

2. Walau bagaimanapun, kelulusan pelaksanaan projek ini telah dibatalkan oleh Pihak Berkuasa Pembangunan Tenaga Lestari (SEDA Malaysia) pada 6 September 2018 kerana kemajuan projek di tapak telah terhenti selepas penggerudian 1 unit exploratory well bagi tinjauan dan penilaian sumber geoterma. Pembatalan pelaksanaan projek ini telah ditarik balik disebabkan pihak pemaju projek telah gagal dalam :

a) membuktikan daya maju (viability) pelaksanaan projek; dan

b) menunjukkan kemajuan pencapaian berdasarkan milestones yang ditetapkan.

3. Memandangkan kelulusan projek ini adalah di bawah mekanisme FiT, pembatalannya tidak memberikan kesan tanggungan atau kerugian kepada Kerajaan. Ini kerana bayaran kepada pemaju projek hanya akan dibuat berdasarkan penjanaan tenaga elektrik yang dibekalkan kepada pihak utiliti. Sebaliknya, pembatalan projek ini telah membolehkan nilai defisit Kumpulan Wang Tenaga Boleh Baharu (KWTBB) bagi negeri Sabah dapat dikurangkan.

4. Buat masa ini, mengambil kira kedudukan semasa kutipan dan dana KWTBB bagi Negeri Sabah yang tidak mencukupi untuk menampung pelaksanaan sebarang projek baharu FiT di Sabah, pihak Kerajaan tiada perancangan untuk memulakan semula pelaksanaan projek ini.

Sekian, terima kasih.

Attachments
DR L46 26.07.2022 - Ma'mun Sulaiman [Kalabakan].pdf