Pertanyaan

Lisan

Dewan

Dewan Rakyat

Parlimen

Parlimen 14

Penggal

Penggal 5

Sesi

Mesyuarat Kedua

Tarikh Persidangan

01 August 2022

Tahun Persidangan

2022

Kategori

Tenaga

Nombor Soalan

76

Soalan

DR. ONG KIAN MING (BANGI) minta MENTERI TENAGA DAN SUMBER ASLI menyatakan bilangan korporat PPA yang telah ditandatangani dan telah dilaksanakan pada tahun 2021 dan angka terkini bagi tahun 2022 dan kapasiti tenaga elektrik dalam MW yang dija​ngka akan dihasilkan oleh korporat PPA ini.​

Jawapan

Tuan Yang di-Pertua,

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, mekanisme korporat Power Purchased Agreement (PPA) untuk Tenaga Boleh Baharu (TBB) belum lagi dilaksanakan kerana pelaksanaannya perlu diteliti dari pelbagai aspek meliputi kepentingan semua pengguna elektrik (domestik, industri dan komersial), perancangan dan pembangunan projek TBB secara holistik, penggunaan dan keanjalan sistem dan rangkaian talian grid nasional serta ketersediaan kerangka perundangan. Oleh itu, tiada sebarang ikatan korporat PPA yang telah dimeteraikan buat masa ini.

Sekian terima kasih.

Attachments
DR L76 01.08.2022 - Dr Ong Kian Ming [Bangi].pdf