Pertanyaan

Lisan

Dewan

Dewan Rakyat

Parlimen

Parlimen 14

Penggal

Penggal 5

Sesi

Mesyuarat Kedua

Tarikh Persidangan

01 August 2022

Tahun Persidangan

2022

Kategori

Tanah

Nombor Soalan

97

Soalan

DATUK DR. SHAHRUDDIN BIN MD. SALLEH (SRI GADING) minta MENTERI TENAGA DAN SUMBER ASLI menyatakan berapa peratusan semasa tanah rizab Melayu setakat Jun 2022 dan langkah stra​tegik Kerajaan dalam memelihara perkara ini dalam tempoh 10 tahun akan datang. ​

Jawapan

Tuan Yang di-Pertua,

Keluasan kawasan yang diwartakan sebagai Tanah Rizab Melayu (TRM) berbanding keluasan Semenanjung Malaysia sehingga 2021 adalah 37.39% iaitu peningkatan 1.07% daripada tahun 2020 dan peningkatan sebanyak 104.86% berbanding keluasan TRM pada tahun 1947. Kutipan data bagi keluasan TRM tahun 2022 masih dalam tindakan Kementerian dengan kerjasama semua Pentadbiran Tanah Negeri.

Dimaklumkan bahawa keluasan Tanah Simpanan Melayu tidak akan mengalami pengurangan keluasan memandangkan apabila terdapat pembatalan Kawasan Tanah Simpanan Melayu, Pihak Berkuasa Negeri akan menggantikan keluasan kawasan tersebut dengan tanah-tanah lain selaras dengan peruntukan Fasal 3 Perkara 89 Perlembagaan Persekutuan. Walau bagaimanapun, negeri-negeri di Semenanjung Malaysia masih tertakluk kepada syarat-syarat yang ditetapkan oleh Fasal 2 Perkara 89 Perlembagaan Persekutuan.

Memandangkan isu TRM dan cadangan-cadangan pembangunan melibatkan tanah milik Persendirian adalah di bawah kawalan Pihak Berkuasa Negeri masing-masing, Kementerian menerusi Jabatan Ketua Pengarah dan Galian (JKPTG), Pusat Geospatial Negara dan Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM) dengan kerjasama rakan-rakan strategik seperti Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU, JPM), TERAJU serta PLAN Malaysia sedang bekerjasama dalam menyediakan satu pelan pembangunan pangkalan data TRM yang menyeluruh agar menjadi pemangkin pembangunan yang bersesuaian dengan keperluan semasa. Dalam masa yang sama, sesi libat urus dengan Kerajaan-kerajaan Negeri dijadual untuk diadakan secara berkala bagi mewujudkan komitmen yang baik dalam pemantauan TRM.

Sekian, terima kasih.

Attachments
DR L97 01.08.2022 - Datuk Dr. Shahruddin Md. Salleh [Sri Gading].pdf