Pertanyaan

Lisan

Dewan

Dewan Rakyat

Parlimen

Parlimen 14

Penggal

Penggal 5

Sesi

Mesyuarat Kedua

Tarikh Persidangan

01 August 2022

Tahun Persidangan

2022

Kategori

Tanah

Nombor Soalan

101

Soalan

DATUK SERI SAIFUDDIN NASUTION BIN ISMAIL (KULIM BANDAR BAHARU) minta MENTERI TENAGA DAN SUMBER ASLI menyatakan jumlah keluasan tanah simpanan (rizab) Melayu (TSM) di Semenanjung Malaysia dan berikan pecahan mengikut negeri serta berikan juga jumlah kawasan FELDA yang terletak di bawah TSM.​​

Jawapan

Tuan Yang di-Pertua,

Jumlah keluasan Tanah Rizab Melayu (TRM) di Semenanjung Malaysia secara keseluruhannya ialah 4,963,190.80 hektar. Pecahan keluasan mengikut negeri bagi tahun 2019-2021 adalah seperti di Lampiran A.

Dimaklumkan bahawa maklumat berkaitan tanah FELDA yang terletak dalam kawasan Tanah Simpanan Melayu adalah di bawah bidang kuasa Jabatan Perdana Menteri. Dimaklumkan juga bahawa maklumat yang diperolehi oleh Kementerian berkaitan TRM adalah daripada Pentadbiran Tanah Negeri masing yang merangkumi tanah berimilik dan tanah Kerajaan.

Sekian, terima kasih.

TABURAN KEDUDUKAN KELUASAN TANAH RIZAB MELAYU DI SEMENANJUNG MALAYSIA TAHUN 2019-2021 

NEGERIJUMLAH KELUASAN NEGERI (HEKTAR)

JUMLAH KELUASAN TANAH RIZAB MELAYU

2019

(HEKTAR)

PERATUS KELUASAN TRM BERBANDING KELUASAN NEGERI

2019

(%)

JUMLAH KELUASAN TANAH RIZAB MELAYU

2020

(HEKTAR)

PERATUS KELUASAN TRM BERBANDING KELUASAN NEGERI

2020

(%)

JUMLAH KELUASAN TANAH RIZAB MELAYU

2021

(HEKTAR)

PERATUS KELUASAN TRM BERBANDING KELUASAN NEGERI

2021

(%)

PERLIS81,848.4030,722.7337.5330,728.8137.5430,728.8137.54
KEDAH958,351.52721,801.4275.31721,803.1675.32721,803.1675.32
KUALA LUMPUR24,347.30987.614.051003.564.121,003.564.12
NEGERI SEMBILAN668,514.94226,402.5633.86226,372.6633.86226,372.6633.86
JOHOR1,916,703.05557,563.3229.09558,539.6429.14558,539.6429.14
PAHANG3,596,667.37436,910.4712.14436,910.4712.14436,910.4712.14
TERENGGANU1,303,617.09

118.22

(Tanah Rizab)

36.87

118.22

(Tanah Rizab)

32.31

118.22

(Tanah Rizab)

32.31

480,588.74

(Pemegangan Melayu)

421,097.60

(Pemegangan Melayu)

421,097.60

(Pemegangan Melayu)

 
KELANTAN1,709,491.911,308,687.0076.551.308.687.0776.551,453,025.3084.99
PERAK2,097,753.78950,326.0045.30953,056.5145.43953,042.6745.43
SELANGOR810,454.57163,639.8220.19163,258.5720.14160,462.9619.79
PULAU PINANG104,900.64TIADA RIZAB MELAYU00000
MELAKA166,286.94TIADA RIZAB MELAYU00000
JUMLAH KESELURUHAN13,272,650.574,877,747.8936.75

4,821,576.27

 

36.324,963,190.8037.39

NOTA 

1. Maklumat ini diperoleh daripada setiap Pentadbiran Tanah Negeri Masing-masing. Pihak JKPTG tidak mengolah apa-apa Data ini

2. JKPTG tiada maklumat mengenai pembatalan atau penggantian kawasan TRM negeri-negeri;

3. JKPTG tiada maklumat mengenai nilaian kawasan TRM negeri masing-masing.

Attachments
DR L101 01.08.2022 - Datuk Seri Saifuddin Nasution [Kulim Bandar Baharu].pdf