Pertanyaan

Lisan

Dewan

Dewan Rakyat

Parlimen

Parlimen 14

Penggal

Penggal 5

Sesi

Mesyuarat Kedua

Tarikh Persidangan

01 August 2022

Tahun Persidangan

2022

Kategori

Tanah

Nombor Soalan

103

Soalan

DATUK SERI SAIFUDDIN NASUTION BIN ISMAIL (KULIM BANDAR BAHARU) minta MENTERI TENAGA DAN SUMBER ASLI menyatakan berapa keluasan Tanah Simpanan Melayu yang dilupuskan selepas kemerdekaan negara dā€‹an berapa keluasan yang diisytihar (diganti) selepas kemerdekaan negara serta berikan statistik keluasan mengikut negeri. ā€‹

Jawapan

Tuan Yang di-Pertua,

Keluasan kawasan yang diwartakan sebagai Tanah Simpanan Melayu di Semenanjung Malaysia sehingga kutipan data terkini pada 2021 adalah sebanyak 37.39% iaitu 4,963,190.80 hektar. Peratus keluasan tahun 2021 mencatatkan peningkatan sebanyak 1.07% berbanding tahun 2020. Maklumat sedia ada juga merekodkan peningkatan keluasan sebanyak 104.86% berbanding dicatatkan sebelum Merdeka pada tahun 1947. Data terawal yang dikenalpasti oleh Kementerian mengenai Tanah Simpanan Melayu adalah maklumat pada tahun 1947 dengan jumlah keluasan Tanah Simpanan Melayu sebanyak 2,422,720 hektar. Statistik kedudukan keluasan Tanah Simpanan Melayu adalah seperti di Lampiran. Maklumat spesifik pembatalan dan penggantian Tanah Simpanan Melayu boleh diperolehi daripada Pihak Berkuasa Negeri masing-masing.

Sekian, terima kasih.

TABURAN KELUASAN TANAH RIZAB MELAYU MENGIKUT NEGERI TAHUN 1947 - 2021

ā€‹ 

Sumber : Jabatan Ketua Pengarah Tanah Dan Galian Persekutuan (JKPTG), (2021)


Attachments
DR L103 01.08.2022 - Datuk Saifuddin Nasution [KulimBandar Baharu].pdf