Pertanyaan

Lisan

Dewan

Dewan Rakyat

Parlimen

Parlimen 14

Penggal

Penggal 5

Sesi

Mesyuarat Kedua

Tarikh Persidangan

04 August 2022

Tahun Persidangan

2022

Kategori

Tanah, Biodiversiti

Nombor Soalan

9

Soalan

TUAN NIK MOHAMAD ABDUH BIN NIK ABDUL AZIZ (BACHOK) minta MENTERI TENAGA DAN SUMBER ASLI menyatakan langkah-langkah untuk memastikan pengambilan tanah projek ECRL memenuhi aspek kemampanan ekologi agar kesan kepada ekosiste​m untuk hidupan liar dan habitatnya terkawal. ​

Jawapan

Tuan Yang di-Pertua,

Kementerian Tenaga dan Sumber Asli (KeTSA) melalui Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan (JKPTG) bertanggungjawab melaksanakan urusan pengambilan tanah projek ECRL berlandaskan peruntukan undang-undang di bawah Akta Pengambilan Tanah 1960. Dimaklumkan bahawa tanah yang terlibat dalam pengambilan projek ECRL adalah di bawah tanggungjawab Kementerian Pengangkutan (MOT) dan dilaksanakan berdasarkan kajian serta keperluan teknikal projek tersebut.

Projek ECRL melibatkan jajaran sejauh 665 kilometer merentasi beberapa kawasan hutan simpan yang merupakan habitat kepada hidupan liar. Pelaksanaan projek ECRL ini akan mengakibatkan fragmentasi hutan yang memutuskan koridor (laluan) hidupan liar dan membawa kepada kehilangan habitat yang luas. KeTSA mengambil perhatian terhadap aspek kemampanan ekologi dan konservasi hidupan liar agar kesan kepada ekosistem untuk hidupan liar dan habitatnya adalah terkawal.

Sehubungan itu, KeTSA melalui Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) telah menetapkan Pelan Pengurusan Hidupan Liar atau Wildlife Management Plan (WMP) sebagai prasyarat utama dalam kelulusan laporan Penilaian Impak alam Sekitar (Environmental Impact Assesment - EIA). WMP bertujuan sebagai langkah mitigasi terhadap hidupan liar yang terkesan dalam pembangunan projek dan ia memainkan peranan penting dalam menjaga dan menjamin kelestarian hidupan liar selari dengan pembangunan projek ini. Antara langkah-langkah mitigasi di dalam Wildlife Management Plan adalah:

1. Perlaksanaan program pengurusan konflik hidupan liar seperti kera dan babi hutan melalui pemasangan perangkap;

2. Membina pagar dan tembok di sepanjang jajaran ECRL bagi menghalang hidupan liar dari memasuki landasan ECRL;

3. Pembinaan terowong di jajaran yang melalui hutan yang menjadi habitat hidupan liar seperti Tapir dan antara lokasi yang dicadangkan adalah di Gambang, Pahang;

4 Pembinaan viaduct untuk laluan hidupan liar seperti gajah di Kemasul Pahang; dan

5. Pembinaan culvert untuk laluan hidupan liar saiz kecil dan sederhana seperti beruang, kijang dan spesies kucing hutan.

Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN)  juga telah memeterai perjanjian kerjasama dengan ECRL dalam pelaksanaan mitigasi hidupan liar di sepanjang jajaran ECRL sehingga tahun 2024.

Sekian, terima kasih.


Attachments
DR L9 04.08.2022 - Nik Mohamad Abduh [Bachok].pdf