Tuan Yang di-Pertua,
Untuk Makluman Ahli Yang Berhormat,
Bagi menangani isu ini, Tenaga Nasional Berhad (TNB) telah mengambil beberapa inisiatif seperti berikut:
1. Membangunkan projek digital signature bagi permohonan dalam talian. Semua permohonan secara dalam talian akan diwajibkan menjalani dua proses iaitu electronic Know Your Customer - eKYC dan pengeluaran sijil digital oleh badan berlesen; dan
2. Membangunkan alat biometric card reader bagi permohonan di Kedai Tenaga TNB. Semua pemohon yang menyerahkan borang permohonan bekalan elektrik wajib hadir sendiri untuk menjalani pengesahan maklumat melalui myKad serta imbasan cap jari sendiri. Semua permohonan melalui kontraktor perlu dibuat melalui saluran dalam talian iaitu myTNB portal.
Kedua-dua projek ini masih dalam peringkat pembangunan dan dijangka siap dan beroperasi pada tahun 2023.
Selain itu, TNB juga telah merangka satu kaedah interim sebagai penyelesaian segera dengan memperketatkan lagi proses kerja bagi permohonan sedia ada, khususnya terhadap permohonan yang dikemukakan oleh wakil atau kontraktor bagi pihak pemohon.
Sekian, terima kasih.