Pertanyaan

Lisan

Dewan

Dewan Rakyat

Parlimen

Parlimen 14

Penggal

Penggal 5

Sesi

Mesyuarat Kedua

Tarikh Persidangan

04 August 2022

Tahun Persidangan

2022

Kategori

Tanah

Nombor Soalan

107

Soalan

DATUK SERI SAIFUDDIN NASUTION BIN ISMAIL (KULIM BANDAR BAHARU) minta MENTERI TENAGA DAN SUMBER ASLI menyatakan berapa keluasan Tanah Simpanan Melayu yang ditanam padi dan berapa pula keluasan Tanah Simpanan Melayu yang lokasinya terletak di pulau-pulau atau pergun​ungan serta berikan statistiknya mengikut negeri.​

Jawapan

Tuan Yang di-Pertua,

Keluasan kawasan  yang diwartakan sebagai Tanah Rizab Melayu (TRM) di Semenanjung Malaysia adalah 4,963,190.80 hektar sehingga akhir 2021. Kutipan data bagi tahun 2022 masih dalam tindakan Kementerian dengan kerjasama semua Pentadbiran Tanah Negeri.

Kementerian juga tiada maklumat mengenai kedudukan Tanah Rizab Melayu yang dikhususkan untuk penanaman padi atau lokasi TRM yang terletak di pulau-pulau. Maklumat yang diperolehi oleh Kementerian adalah daripada Pentadbiran Tanah Negeri masing-masing yang merangkumi tanah bermilik dan tanah Kerajaan.

Sekian, terima kasih.

Attachments
DR L107 04.08.2022 - Datuk Seri Saifuddin Nasution [Kulim Bandar Baharu].pdf