Pertanyaan

Lisan

Dewan

Dewan Negara

Parlimen

Parlimen 14

Penggal

Penggal 5

Sesi

Mesyuarat Kedua

Tarikh Persidangan

10 August 2022

Tahun Persidangan

2022

Kategori

Biodiversiti

Nombor Soalan

66

Soalan

DATO' HAJI AHMAD B​IN YAHAYA minta MENTERI TENAGA DAN SUMBER ASLI menyatakan mengenai cadangan menjadikan tanah sawah padi di Kedah sebagai sebahagian daripada Ecological Fiscal Transfer.​

Jawapan

Tuan Yang di-Pertua,

1. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Ecological Fiscal Transfer for Biodiversity Conservation (EFT) merupakan satu bentuk insentif kepada Kerajaan-kerajaan Negeri bagi melaksanakan projek berkaitan perlindungan dan pemuliharaan biodiversiti dan hutan. Ia merangkumi kawasan-kawasan daratan (terrestrial), air daratan, pesisir pantai dan marin yang diwartakan dan diuruskan bagi tujuan konservasi seperti kawasan Hutan Simpanan Kekal (HSK) Perlindungan, Rizab Hidupan Liar (RHL), kawasan perlindungan marin (marine protected area), Kawasan Sensitif Alam Sekitar (KSAS), kawasan berkepentingan antarabangsa dan ekosistem yang mudah terjejas (vulnerable).

2. Tanah sawah padi tidak termasuk di dalam skop perlindungan dan pemuliharaan biodiversiti dan hutan di bawah EFT.

Sekian, terima kasih.

Attachments
DN L66 10.08.2022 - Dato' Haji Ahmad bin Yahaya.pdf