Pertanyaan

Lisan

Dewan

Dewan Negara

Parlimen

Parlimen 14

Penggal

Penggal 5

Sesi

Mesyuarat Kedua

Tarikh Persidangan

10 August 2022

Tahun Persidangan

2022

Kategori

Tanah

Nombor Soalan

79

Soalan

DATUK ISKANDAR DZULKARNAIN BIN ABDUL KHALID minta ​MENTERI TENAGA DAN SUMBER ASLI menyatakan keutamaan yang diberikan oleh Kementerian dalam menimbang dan meluluskan permohonan sewaan tanah persekutuan. Berapakah jumlah kelulusan yang telah diberikan sepanjang tahun 2021 hingga Jun 2022.​

Jawapan

Tuan Yang di-Pertua,

Terdapat beberapa kriteria yang diberikan keutamaan oleh Kementerian dalam mempertimbangkan permohonan penyewaan. Kriteria – kriteria tersebut adalah seperti berikut:

(1) Tujuan penyewaan yang sesuai dengan tanah yang dimohon;

(2) Tanah yang dimohon tiada perancangan pembangunan dalam masa terdekat oleh Kementerian Jabatan Pengguna (KJP);

(3) Penyewaan yang melibatkan aktiviti bersifat sementara dan tidak kekal seperti bagi tujuan tanaman kontan, tempat meletak kereta, aktiviti mencuci kenderaan dan lain-lain aktiviti yang berkaitan tidak melebihi tiga (3) tahun; dan

(4) Pemohon mempunyai keupayaan kewangan.

Untuk makluman Yang Berhormat, jumlah kelulusan penyewaan tanah Persekutuan yang telah diberikan sepanjang tahun 2021 adalah sebanyak 461. Manakala bagi tahun 2022 sehingga bulan Jun, sebanyak 264 kelulusan penyewaan tanah telah diberikan.

Sekian, terima kasih.

Attachments
DN L79 10.08.2022 - DATUK ISKANDAR ZULKARNAIN.pdf