Pertanyaan

Lisan

Dewan

Dewan Negara

Parlimen

Parlimen 14

Penggal

Penggal 5

Sesi

Mesyuarat Kedua

Tarikh Persidangan

11 August 2022

Tahun Persidangan

2022

Kategori

Tenaga

Nombor Soalan

26

Soalan

Dr. Wan Martina binti Wan Yusoff minta MENTERI TENAGA DAN SUMBER ASLI menyatakan apakah langkah-langkah yang diambil untuk menggalakkan penggunaan tenaga boleh baharu di premis-premis kediaman, komersial dan industri.​​

Jawapan

Tuan Yang di-Pertua,

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, bagi menggalakkan penggunaan tenaga boleh baharu di premis-premis kediaman, komersial dan industri, Kerajaan telah memperkenalkan Program Pemeteran Bersih (Net Energy Metering – NEM), yang membolehkan pengguna elektrik memasang sistem solar fotovolta di bumbung premis masing-masing untuk kegunaan sendiri dan menjual lebihan tenaga yang dijana sebagai kredit tenaga.

Di bawah Program NEM 3.0, pengguna elektrik kategori kediaman boleh menyertai program NEM Rakyat, manakala agensi-agensi Kerajaan boleh menyertai program NEM GoMEn dan pengguna kategori komersil dan industri boleh menyertai program NEM NOVA.

Sekian, terima kasih.

Attachments
DN L26 11.08.2022 - Dr Wan Martina.pdf