Pertanyaan

Lisan

Dewan

Dewan Negara

Parlimen

Parlimen 14

Penggal

Penggal 5

Sesi

Mesyuarat Kedua

Tarikh Persidangan

15 August 2022

Tahun Persidangan

2022

Kategori

Perhutanan

Nombor Soalan

82

Soalan

DATO' HAJI AHMAD BIN YAHAYA minta MENTERI TENAGA DAN SUMBER ASLI menyatakan tindakan menyeluruh yang telah diambil bagi memantau pembangunan ladang hutan di Hutan Simpan Gunung Inas.​​

Jawapan

Tuan Yang di-Pertua,

1. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Kementerian Tenaga dan Sumber Asli (KeTSA) melalui Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia (JPSM) sentiasa memberi perhatian serius kesan pembangunan ladang hutan dalam Hutan Simpanan Kekal (HSK) khususnya di Hutan Simpan Gunung Inas, Baling, Kedah.

2. Hutan Simpan Gunung Inas merupakan salah satu daripada HSK Negeri Kedah dan ia merupakan hutan darat asli dengan keluasan keseluruhan lebih kurang 36,979 hektar. Hutan Simpan Gunung Inas telah dikelaskan kepada beberapa pengkelasan fungsi hutan seperti berikut:

i) Hutan Pengeluaran bagi perolehan kayu secara berkekalan seluas 27,086 hektar (termasuk kawasan ladang hutan seluas 8,250 hektar); dan

ii) Hutan Perlindungan yang dikelaskan sebagai Hutan Tadahan Air seluas 9,893 hektar.

3. Keluasan kawasan ladang hutan di Hutan Simpan Gunung Inas yang diluluskan bagi tempoh 2007 hingga 2020 ialah 8,250 hektar. Kesemua kawasan ladang hutan yang diluluskan adalah di dalam kawasan HSK yang dikelaskan sebagai hutan pengeluaran. Antara langkah yang telah diambil oleh JPSM dan Jabatan Perhutanan Negeri Kedah untuk memantau pembangunan ladang hutan di Hutan Simpan Gunung Inas adalah seperti berikut:

i) mengeluarkan surat arahan penangguhan sementara kerja-kerja pembangunan ladang hutan pada tarikh 6 Disember 2020 yang melibatkan kompartmen 6 dan 8 Hutan Simpan Gunung Inas;

ii) memantau pembangunan ladang hutan melalui jawatankuasa mesyuarat maklumat keluasan pembangunan ladang hutan yang dipengerusikan oleh Pengarah Bahagian Ladang Hutan dan Perlindungan Hutan, JPSM; dan

iii) membenarkan pemaju melalui surat kebenaran Pengarah Perhutanan Negeri Kedah untuk melaksanakan langkah-langkah mitigasi seperti penyelenggaraan jalan tuju, penyelenggaraan kolam sedimen dan penyelenggaraan parit tanah (earth drain).

Sekian, terima kasih.

Attachments
DN L82 15.08.2022 - DATO' HAJI AHMAD YAHAYA.pdf