Pertanyaan

Lisan

Dewan

Dewan Negara

Parlimen

Parlimen 14

Penggal

Penggal 5

Sesi

Mesyuarat Kedua

Tarikh Persidangan

16 August 2022

Tahun Persidangan

2022

Kategori

Tenaga

Nombor Soalan

95

Soalan

Tuan Balasubramaniam a/l Nachiappan minta MENTERI TENAGA DAN SUMBER ASLI menyatakan apakah usaha pihak Kementerian dalam meningkatkan lagi penjanaan sumber tenaga boleh bahar​u yang lebih mesra alam sekitar dan tidak terlalu bergantung kepada sumber arang batu yang sedang meningkat naik harganya.​

Jawapan

Tuan Yang di-Pertua,

1. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, bagi meningkatkan lagi penjanaan bekalan elektrik daripada sumber tenaga boleh baharu (TBB) yang lebih mesra alam, serta bagi membolehkan negara untuk tidak terlalu bergantung kepada sumber bahan api diimport termasuk arang batu yang sedang meningkat naik harganya, Kerajaan telah dan sedang melaksanakan usaha-usaha berikut:

(i) menetapkan sasaran makro peningkatan campuran kapasiti TBB dalam pembekalan elektrik kepada 31% pada tahun 2025 dan 40% pada tahun 2035 berbanding kapasiti sedia ada iaitu 23%;

(ii) memperkenalkan dokumen Malaysia Renewable Energy Roadmap atau MyRER sebagai pelan pelaksanaan yang akan memandu dan memacu pelaksanaan program TBB, bagi mencapai sasaran TBB yang telah ditetapkan bagi mengurangkan kebergantungan terhadap sumber bahan api diimport bagi penjanaan elektrik negara;

(iii) memantau dan memastikan pembangunan semua projek TBB yang telah diluluskan oleh Kerajaan sama ada di bawah program Tarif Galakan (Feed in Tariff – FiT) atau program Solar Berskala Besar (Large Scale Solar – LSS) disiapkan dan beroperasi secara komersial mengikut jadual yang ditetapkan;

(iv) menggalakkan pemasangan sistem solar atas bumbung melalui pelaksanaan Program Pemeteran Bersih (Net Energy Metering – NEM); dan

(v) meningkatkan kapasiti sumber bukan solar seperti biogas, biojisim dan hidrokuasa kecil melalui pelaksanaan mekanisme Tarif Galakan (FiT).

Sekian, terima kasih.

Attachments
DN LISAN NO. 95 - Tuan Balasubramaniam Nachiappan (16.08.2022).pdf