Pertanyaan

Bukan Lisan

Dewan

Dewan Negara

Parlimen

Parlimen 14

Penggal

Penggal 5

Sesi

Mesyuarat Kedua

Tarikh Persidangan

Tahun Persidangan

2022

Kategori

Perhutanan

Nombor Soalan

32

Soalan

DATUK SERI HAJAH ZURAINAH BINTI MUSA minta MENTERI TENAGA DAN SUMBER ASLI menyatakan statistik peratusan semasa terkini kawasan tanah dilitupi hutan di Malaysia mengikut negeri dan tanggungjawab kawal selia. Sejauh mana penyelarasan kawasan ini disemak semula dan sekata diwujudkan untuk memastikan kawasan hutan terlindung dan tidak dijual di pasaran.​​

Jawapan

Tuan Yang di-Pertua,

1. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, jumlah keluasan hutan pada tahun 2018 adalah seluas 18,273,487 hektar iaitu bersamaan dengan 55.3 peratus daripada keluasan tanah negara. Daripada jumlah tersebut, seluas 10,920,384.67 hektar diwartakan sebagai Hutan Simpanan Kekal (HSK), 3,308,489.20 hektar pula merupakan Kawasan Perlindungan (Protected Area – PA) dan baki kawasan berhutan merupakan kawasan Hutan Tanah Kerajaan (HTK)/Tanah Berimilik (TM). Perincian keluasan kawasan berhutan mengikut negeri-negeri di Malaysia yang meliputi HSK dan PA sehingga tahun 2018 adalah seperti berikut: 

Bil.NegeriKeluasan TanahKawasan BerhutanKawasan Hutan Simpanan Kekal/ Hutan SimpanKawasan Perlindungan
Luas (hektar)Luas (hektar)%Luas (hektar)%Luas (hektar)%
1.Johor1,910,200447,75323.44332,74917.423250.02
2.Kedah944,700342,43136.25341,97636.20--
3.Kelantan1,510,100810,41553.67613,27540.61103,0826.83
4.Melaka165,2005,4483.305,1993.15250.01
5.Negeri Sembilan668,600157,96423.63155,54923.26--
6.Pahang3,584,0002,056,69557.391,559,38543.50399,74011.15
7.Perak2,103,8001,013,47948.17988,91447.003,1610.15
8.Perlis81,80011,53814.1010,61512.98680.08
9.Pulau Pinang103,2007,7527.515,1014.941,1821.15
10.Selangor793,100251,48931.70250,21031.55--
11.Terengganu1,295,900651,24850.25540,30941.6977,9396.01
12.WP Kuala Lumpur24,3002,0498.43680.28--
13.WP Putrajaya4,900------
14.WP Labuan9,200------
Jumlah Semenanjung13,199,0005,758,26143.624,803,35036.39585,5224.43
15.Sabah7,390,4004,767,448.6564.511,907,981.6725.821,906,896.2025.8
16.Sarawak12,445,1007,747,777.0062.254,209,053.0033.82816,071.006.55
JUMLAH KESELURUHAN33,034,50018,273,486.6555.3110,920,384.6733.063,308,489.2010.01

Sumber: Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia (JPSM), Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara Semenanjung Malaysia (PERHILITAN), Jabatan Perhutanan Sabah dan Jabatan Hutan Sarawak

2. Dari segi pentadbiran, tiga wilayah iaitu Semenanjung, Sabah dan Sarawak mempunyai dasar dan perundangan sendiri dalam menguruskan hutan. Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia (JPSM) dan Jabatan-jabatan Perhutanan Negeri (JPN) bertanggungjawab ke atas pengurusan hutan negeri-negeri di Semenanjung berpandukan kepada Akta Perhutanan Negara 1984 [Akta 313]. Jabatan Perhutanan Sabah bertanggungjawab bagi pengurusan hutan di Sabah berpandukan kepada Enakmen Hutan 1968 (Sabah No. 2 of 1968) dan Jabatan Hutan Sarawak pula bertanggungjawab dalam pengurusan hutan dan pentadbiran sumber hutan di Sarawak berdasarkan Ordinan Hutan 2015 (Bab 71).

3. Hutan yang telah diwartakan sebagai HSK termasuk yang diklasifikasikan sebagai PA di ketiga-tiga wilayah adalah tidak dibenarkan untuk dijual kepada mana-mana pihak.

Sekian, terima kasih.

Attachments
DN BL NO. 32 - Datuk Seri Zurainah Musa.pdf