Pertanyaan

Bukan Lisan

Dewan

Dewan Negara

Parlimen

Parlimen 14

Penggal

Penggal 5

Sesi

Mesyuarat Kedua

Tarikh Persidangan

Tahun Persidangan

2022

Kategori

Tenaga

Nombor Soalan

52

Soalan

TUAN BALASUBRAMANIAM A/L NACHIAPPAN minta MENTERI TENAGA DAN SUMBER ASLI menyatakan statistik bilangan gangguan bekalan elektrik yang berlaku di negara kita sejak 10 tahun lepas dan usaha yang telah dilakukan​ oleh Kementerian bagi mengurangkan kekerapan gangguan bekalan elektrik ini.​​

Jawapan

Tuan Yang di-Pertua,

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat,

1. Pembekalan elektrik di Semenanjung dan Sabah dibekalkan oleh pemegang lesen iaitu Tenaga Nasional Berhad (TNB) bagi Semenanjung dan Sabah Electricity Sendirian Berhad (SESB) bagi Negeri Sabah. Prestasi bekalan elektrik bagi kedua-dua pemegang lesen ini sentiasa dipantau oleh Suruhanjaya Tenaga untuk memastikan sistem pembekalan elektrik sentiasa dalam keadaan yang baik dan stabil.

2. ​Mengikut rekod yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Tenaga, purata gangguan bekalan elektrik di Semenanjung dan Sabah sejak 10 tahun lepas (2012 - 2021) adalah sebanyak 67,576 gangguan setahun di Semenanjung dan 21,737 gangguan setahun di Sabah.

3. Namun demikian, prestasi sistem bekalan bagi kedua-dua pemegang lesen ini dipantau dengan menggunakan indeks System Average Interruption Duration Index (SAIDI) yang mengukur tempoh gangguan bekalan elektrik kepada pengguna dalam tempoh setahun.

4. Pencapaian SAIDI bagi tahun 2021 di Semenanjung adalah 45.25 minit per pengguna per tahun dan ini menunjukkan pihak TNB berjaya mengekalkan pencapaian di bawah sasaran yang ditetapkan iaitu 53 minit per pengguna per tahun. Sehingga 31 Mei 2022, jumlah SAIDI terkumpul adalah 18.58 minit per pengguna.

5. Manakala bagi pencapaian SAIDI Sabah adalah 332.14 minit per pengguna per tahun pada tahun 2021. Jumlah ini masih mencapai sasaran di bawah 350 minit per pengguna per tahun seperti yang telah ditetapkan. Pada tahun 2025, Kerajaan telah menyasarkan untuk menurunkan kadar SAIDI di Sabah kepada 150 minit per pengguna per tahun. Sehingga 30 Jun 2022, jumlah SAIDI terkumpul adalah 195.04 minit per pengguna dan secara tahunan adalah sebanyak 393.52 minit per pengguna per tahun.

6. Bagi meningkatkan prestasi bekalan elektrik di Semenanjung, Kerajaan telah meluluskan peruntukan perbelanjaan Capital Expenditure (CAPEX) TNB sebanyak RM6,851.5 juta setahun di bawah mekanisme Incentive Based Regulated (IBR) RP3 bagi meningkatkan daya harap sistem dengan pelbagai inisiatif yang akan dilaksanakan dalam tahun 2022 sehingga 2024. Pelbagai pelan tindakan yang komprehensif bagi menangani gangguan-gangguan tersebut sedang giat dijalankan oleh pihak TNB seperti mempergiatkan aktiviti senggaraan, menubuhan Dedicated Switching Team (DCT) di kawasan yang mempunyai bilangan gangguan yang tinggi dan pemasangan fasiliti Sistem Kawalan Penyeliaan dan Pemerolehan Data Berkomputer (Supervisory Control and Data Acquisition - SCADA) di lokasi-lokasi terpilih secara berterusan.

7. Bagi meningkatkan prestasi bekalan elektrik di Sabah pula, sebanyak RM116.15 juta telah diperuntukkan oleh Tenaga Nasional Berhad (TNB) bagi melaksanakan sejumlah 215 projek pengukuhan rangkaian pengagihan. Antara inisiatif yang telah dilaksanakan oleh Kerajaan adalah mewujudkan Pasukan Kerja 150 atau Task Force 150 (TF150) dan Pasukan Projek Khas Bekalan Elektrik Sabah (PPKBES) yang bertujuan khusus untuk melaksanakan projek-projek pembekalan elektrik bagi mengukuhkan infrastruktur penghantaran dan pembahagian di negeri Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan.

Sekian, terima kasih.

Attachments
DN BL NO. 52 - Tuan Balasubramaniam al Nachiappan.pdf