Tuan Yang di-Pertua,
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, sistem penghantaran dan pengagihan grid di negara ini tidak dibahagikan secara khusus kepada grid hijau dan grid bukan hijau. Namun demikian, tenaga elektrik hijau yang dihasilkan daripada sumber penjanaan Tenaga Boleh Baharu boleh dibekalkan kepada pengguna yang berminat dengan membayar premium tambahan 3.7sen/kWj melalui Program Tarif Elektrik Hijau.
Manakala, bagi cadangan pelarasan kadar Feed-in-Tariff (FiT) bagi sumber solar pula, kelulusan FiT bagi sumber solar telah ditamatkan pada tahun 2016 setelah kos pemasangan serta tempoh pulangan pemasangan sistem solar di negara ini telah mencapai tahap wajar pengguna. Dalam erti kata lain, harga bagi pemasangan sistem solar telah mencapai harga yang munasabah dan boleh ditampung oleh pengguna.
Sekian, terima kasih.