Pertanyaan

Bukan Lisan

Dewan

Dewan Rakyat

Parlimen

Parlimen 14

Penggal

Penggal 5

Sesi

Mesyuarat Kedua

Tarikh Persidangan

Tahun Persidangan

2022

Kategori

Tenaga

Nombor Soalan

64

Soalan

DATO' WIRA HAJI AMIRUDDIN BIN HAJI HAMZAH (KUBANG PASU) minta MENTERI TENAGA DAN SUMBER ASLI menyatakan prestasi pencapaian negara terkini terhadap sasaran “40% renewable energy capacity by 2035" -pecahan mengikut sektor solar, a​ngin, hidro dan tenaga bio. Apakah perancangan dan galakan Kerajaan bagi memastikan sasaran ini tercapai.​

Jawapan

Tuan Yang di-Pertua,

1. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, campuran kapasiti Tenaga Boleh Baharu Negara sehingga suku pertama tahun 2022 adalah berjumlah 9,381MW atau 23% daripada keseluruhan kapasiti terpasang bekalan elektrik negara berbanding sasaran 40% pada tahun 2035.

2. Pecahan pencapaian kapasiti TBB ini berdasarkan sumber adalah seperti berikut:

i) Hidro  - 5,692 MW (62%)

ii) Tenaga bio  - 1,138 MW (12%)

iii) Solar  - 2,024 MW (21%)

iv) Hidro kecil - 527 MW ( 5%)

3. Dalam memastikan supaya sasaran 40% kapasiti TBB pada 2035 tercapai, Kerajaan telah memperkenalkan Pelan Hala Tuju Tenaga Boleh Baharu Malaysia ataupun dengan izin, Malaysia Renewable Energy Roadmap (MyRER). Pelan ini telah menggariskan kerangka strategik untuk mencapai visi pembangunan TBB negara iaitu “Ke arah Sistem Tenaga Rendah Karbon" melalui  pelaksanaan 4 tonggak berasaskan teknologi iaitu solar, bio-tenaga, hidro dan sumber-sumber baharu.

4. Beberapa program pembangunan TBB seperti program bidaan Solar Berskala Besar, Tarif Galakan TBB (Feed-In Tariff - FiT), Skim Pemeteran Bersih (Net Energy Metering - NEM), Penggunaan Sendiri (Self-Consumption) dan skim Tarif Elektrik Hijau (Green Electricity Tariff - GET) telah dibangunkan bagi menyokong aspirasi peningkatan TBB negara.

5. Selain itu, Kerajaan juga sedang meneliti potensi dan kebolehlaksanaan program korporat Power Purchase Agreement (PPA) untuk TBB bagi membolehkan pelanggan korporat seperti RE100, syarikat yang komited dalam menepati ciri Environmental Social Governance (ESG) untuk memperolehi bekalan elektrik dari sumber TBB.

Sekian Terima Kasih.

Attachments
DR BL64 - Dato' Wira Haji Amiruddin bin Haji Hamzah [Kubang Pasu].pdf