Pertanyaan

Bukan Lisan

Dewan

Dewan Rakyat

Parlimen

Parlimen 14

Penggal

Penggal 5

Sesi

Mesyuarat Kedua

Tarikh Persidangan

Tahun Persidangan

2022

Kategori

Perhutanan

Nombor Soalan

105

Soalan

TUAN CHARLES ANTHONY SANTIAGO (KLANG) minta MENTERI TENAGA DAN SUMBER ASLI menyatakan komitmen antarabangsa di Rio Summit 1992 untuk mengekalkan liputan hutan sebanyak 50% di seluruh negara. Nyatakan liputan hutan termasuk hutan simpanan kekal da​n peratusan liputan terkini bagi setiap negeri dan terangkan cara liputan hutan ditentukan dan kualiti pengumpulan data tersebut.​

Jawapan

Tuan Yang di-Pertua,

1. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, jumlah keluasan hutan pada tahun 2018 adalah seluas 18,273,487 hektar iaitu bersamaan dengan 55.3 peratus daripada keluasan tanah negara. Sehubungan itu, Malaysia masih mengekalkan litupan kawasan berhutan melebihi 50 peratus selaras dengan komitmen negara semasa Sidang Kemuncak Bumi di Rio de Janeiro pada 1992. Keluasan kawasan berhutan termasuk Hutan Simpanan Kekal (HSK) mengikut negeri adalah seperti berikut: 

Bil.NegeriKeluasan TanahKawasan BerhutanKawasan Hutan Simpanan Kekal/ Hutan Simpan
Luas (hektar)Luas (hektar)%Luas (hektar)%
1.Johor1,910,200447,75323.44332,74917.42
2.Kedah944,700342,43136.25341,97636.20
3.Kelantan1,510,100810,41553.67613,27540.61
4.Melaka165,2005,4483.305,1993.15
5.Negeri Sembilan668,600157,96423.63155,54923.26
6.Pahang3,584,0002,056,69557.391,559,38543.50
7.Perak2,103,8001,013,47948.17988,91447.00
8.Perlis81,80011,53814.1010,61512.98
9.Pulau Pinang103,2007,7527.515,1014.94
10.Selangor793,100251,48931.70250,21031.55
11.Terengganu1,295,900651,24850.25540,30941.69
12.Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur24,3002,0498.43680.28
13.Wilayah Persekutuan Putrajaya4,900----
14.Wilayah Persekutuan Labuan9,200----
Jumlah Semenanjung13,199,0005,758,26143.624,803,350536.39
15.Sabah7,390,4004,767,448.6564.511,907,981.6725.82
16.Sarawak12,445,1007,747,777.0062.254,209,053.0033.82
JUMLAH KESELURUHAN33,034,50018,273,486.6555.3110,920,384.6733.06

 

2. Pengiraan data hutan adalah melibatkan beberapa elemen, antaranya seperti notis pewartaan bagi HSK dan Kawasan Perlindungan, peta geospatial bagi mengenal pasti sempadan hutan serta maklumat inventori sumber hutan bagi ketiga-tiga wilayah iaitu Semenanjung, Sabah dan Sarawak yang dilaksanakan setiap 10 tahun. Penggunaan teknologi terkini seperti Geographical Information System (GIS), data-data geospatial dan imej satelit turut digunakan dalam mengukuhkan cerapan data dan memberi gambaran maklumat yang lebih terperinci.

3. Data-data yang dikumpul ini perlu melalui proses analisis, verifikasi dan pengesahan terperinci oleh pemilik (custodian) data daripada ketiga-tiga wilayah iaitu iaitu Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia (JPSM), Jabatan Perhutanan Sabah (JPS) dan Jabatan Hutan Sarawak (JHS)  sebelum dikemukakan kepada Kementerian Tenaga dan Sumber Asli (KeTSA) untuk proses semakan dari segi perubahan keluasan, punca dan justifikasi perubahan. Seterusnya, data yang telah disemak ini akan dibentangkan kepada Mesyuarat Jemaah Menteri dan Mesyuarat Majlis Tanah Negara sebelum dapat diterbitkan di laman sesawang KeTSA sebagai data rasmi nasional.

4. Data hutan merupakan data yang sensitif dan dinamik di mana elemen-elemen seperti perubahan status guna tanah, proses pewartaan keluar dan masuk HSK dan Kawasan Perlindungan, peningkatan keupayaan teknologi dan aplikasi terkini, perubahan ketetapan data rujukan dan data penyelidikan termasuk penetapan dasar baharu yang berlaku di ketiga-tiga wilayah akan memberi kesan kepada peningkatan dan pengurangan data hutan tahunan yang dilaporkan.

Sekian, terima kasih.

Attachments
DR BL105 - TUAN CHARLES ANTHONY SANTIAGO [Klang].pdf