Pertanyaan

Bukan Lisan

Dewan

Dewan Rakyat

Parlimen

Parlimen 14

Penggal

Penggal 5

Sesi

Mesyuarat Kedua

Tarikh Persidangan

Tahun Persidangan

2022

Kategori

Mineral, Perhutanan

Nombor Soalan

106

Soalan

TUAN CHARLES ANTHONY Sā€‹ANTIAGO (KLANG) minta MENTERI TENAGA DAN SUMBER ASLI menyatakan jumlah kawasan hutan terkini termasuk hutan simpanan kekal yang telah diperuntukkan dan diguna pakai bagi tujuan pertanian, perladangan serta perlombongan di setiap negeri.ā€‹

Jawapan

Tuan Yang di-Pertua,

1. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Malaysia mempunyai kawasan berhutan seluas 18.27 juta hektar atau 55.3 peratus daripada keluasan tanah negara. Daripada jumlah tersebut, keluasan Hutan Simpanan Kekal (HSK) adalah 10.92 juta hektar atau 33.06 peratus daripada keluasan tanah negara. Berdasarkan rekod yang dikemukakan oleh ketiga-tiga Jabatan Perhutanan di Semenanjung, Sabah dan Sarawak, tiada HSK yang digunakan bagi tujuan pertanian. Penubuhan ladang hutan adalah dibenarkan dalam HSK oleh Pihak Berkuasa Negeri (PBN) berdasarkan peruntukan seksyen 16, Akta Perhutanan Negara 1984 [Akta 313], Enakmen Hutan 1968 di Sabah dan Ordinan Hutan 2015 di Sarawak.

2. Seluas 439,189 hektar dalam kawasan HSK telah diluluskan oleh Majlis Tanah Negara (MTN) Ke-68 pada tahun 2012 sebagai Zon Penubuhan Ladang Hutan di Semenanjung. Sehingga kini, seluas 213,522.19 hektar atau 48.62 peratus telah dibangunkan sebagai ladang hutan di Semenanjung.

3. Kerajaan Negeri Sabah telah memperuntukkan seluas 600,000 hektar kawasan Hutan Simpan Komersial (Kelas II) untuk dibangunkan sebagai kawasan ladang hutan menjelang tahun 2036, selaras dengan Pelan Pembangunan Sabah Maju Jaya 2021-2025. Walau bagaimanapun, setelah mengambil kira aspek-aspek konservasi, hanya seluas 400,000 hektar daripada keluasan tersebut akan dibangunkan sebagai ladang hutan. Sehingga kini, seluas 163,143 hektar atau 41 peratus daripada sasaran tersebut telah dibangunkan sebagai ladang hutan di Sabah. Manakala di Sarawak, Kerajaan Negeri telah membuat ketetapan di bawah Revised Policy Direction on Industrial Forest Plantation in Sarawak pada tahun 2020 untuk mencapai sasaran sebanyak 1 juta hektar kawasan HSK dan Tanah Kerajaan akan dibangunkan sebagai ladang hutan (dikenali sebagai hutan industri di Sarawak). Sehingga kini, seluas 552,369.15 hektar atau 55.24 peratus telah dibangunkan sebagai ladang hutan di Sarawak.

4. Pembangunan atau penubuhan ladang hutan di Negeri-negeri perlu mematuhi keluasan zon yang telah diluluskan dan dikawal rapi oleh Jabatan Perhutanan. Sekiranya penanaman spesies komoditi dan lain-lain pokok pertanian spesies bukan berkayu di dalam kawasan pembangunan ladang hutan tidak dikawal, ia akan memberikan kesan terhadap pensijilan hutan sekiranya terdapat ketidakpatuhan pembangunan zon ladang ini. Selain itu, MTN Ke-79 pada 2 Disember 2021 telah bersetuju dengan pelaksanaan moratorium selama 15 tahun kelulusan baharu ladang hutan dalam Zon Penubuhan Ladang Hutan HSK di Semenanjung yang telah ditetapkan oleh MTN pada tahun 2012.

5. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, adalah menjadi dasar KeTSA untuk tidak meluluskan sebarang kelulusan Surat Kebenaran Skim Pengendalian Melombong (Operational Mining Scheme - OMS) bagi aktiviti perlombongan di kawasan-kawasan pemeliharaan seperti HSK, Kawasan Rizab Perlindungan mahupun kawasan yang telah diwartakan secara khusus seperti tadahan air atau Kawasan Sensitif Alam Sekitar (KSAS). Pada masa ini tiada sebarang permohonan baharu OMS akan diluluskan terhadap mana-mana pajakan melombong (Mining Lease ā€“ ML) di dalam HSK. KeTSA juga menyarankan kepada Pihak Berkuasa Negeri supaya tidak mewarta keluar mana-mana HSK untuk tujuan pengeluaran ML.

Sekian, terima kasih.ā€‹

Attachments
DR BL106 - TUAN CHARLES ANTHONY SANTIAGO [Klang].pdf