Pertanyaan

Bukan Lisan

Dewan

Dewan Rakyat

Parlimen

Parlimen 14

Penggal

Penggal 5

Sesi

Mesyuarat Kedua

Tarikh Persidangan

Tahun Persidangan

2022

Kategori

Perhutanan

Nombor Soalan

171

Soalan

DATO' JOHARI BIN ABDUL (SUNGAI PETANI) minta MENTERI TENAGA DAN SUMBER ASLI menyatakan berapa luaskah hutan yang telah dicerobohi dan balak ditebang secara haram di seluruh negara dari tahun 2011 hingga 2021 dan nyatakan bera​pa tangkapan dibuat dan berapa yang telah dihadapkan ke mahkamah dan berapa yang telah dihukum.​

Jawapan

Tuan Yang di-Pertua,

1. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Kementerian Tenaga dan Sumber Asli (KeTSA) melalui Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia dan Jabatan-jabatan Perhutanan Negeri, memandang serius isu pencerobohan dan pembalakan haram khususnya dalam kawasan Hutan Simpanan Kekal (HSK). Penjenayah yang melakukan kesalahan tersebut diambil tindakan di bawah Akta Perhutanan Negara 1984 [Akta 313] bagi Semenanjung Malaysia, melalui Ordinan Hutan 2015 (Bab 71) bagi Sarawak dan bagi Sabah pula tindakan diambil di bawah Enakmen Hutan 1968 (Sabah No. 2 of 1968). Perincian maklumat hutan yang telah diceroboh dan dibalak secara haram, jumlah tangkapan, jumlah yang dihadapkan ke mahkamah dan jumlah yang telah disabitkan bersalah dari tahun 2011 hingga tahun 2021 di seluruh negara adalah seperti berikut: 

Keluasan HSK yang telah diceroboh dan dibalak secara haram (hektar)

Jumlah tangkapan

pesalah (bilangan individu)

Jumlah pesalah yang dihadapkan ke mahkamah (bilangan individu)

Jumlah pesalah yang telah disabitkan bersalah

(bilangan individu)

 

36,996.65

 

        

         5,208

 

717

 

681

​Sumber: Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia, Jabatan Perhutanan Sabah dan Jabatan Hutan Sarawak

 Sekian, terima kasih.

Attachments
DR BL171 - DATO' JOHARI ABDUL [Sungai Petani].pdf